January 31, 2011

Penat Masih Terasa.

Sudah sampai kat rumah dari semalam lagi tapi tiada masa untuk mengemaskini blog ini. Aku tak bawa laptop balik memandangkan sebelum balik aku pergi berkhemah dulu dekat Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Jadi apalah bodohnya kan kalau aku nak bawa laptop pergi berkhemah. Ingatkan bila sampai rumah boleh bersenang goyang kaki dengan bantal busuk tapi maaf, harapan tinggal harapan. Komputer kat rumah sudah di cabut dan di ubah dari tempat asalnya. Terpaksa berebut untuk menggunakan laptop yang satu, milik adik aku.

Susah rupanya nak bersedia untuk mengadakan sebuah majlis kahwin. Masa aku sembang dengan mak aku katanya nak buat seringkas mungkin majlis kahwin abang aku nanti tapi bila balik rumah sempena cuti pertengahan semester ni rumah aku dah kena pecah sana sini. Tingkat atas dah macam stor simpan barang. Semua barang kena pindah sana sini, rumah nak cat baru, pintu nak tukar, kain pasang nak beli dan perkara-perkara lain yang tak perlu di jelaskan kat sini. Adakah mak aku lupa apa maksud ringkas itu sebenarnya? Aku ingatkan mak aku nak buat kenduri doa selamat je.

Nanti aku update lagi. Nak Maghrib dah ni. 

Ohhhh aku nak tulis dulu rangka entry seterusnya sebab takut nanti aku lupa. Serius aku pelupa sejak akhir-akhir ini. Bermasalah sungguh.

1) Perkhemahan Perpaduan 1Malaysia di Ulu Yam serius sangat best.
2) Banyak barangan terselit memori indah dalam bilik telah di jumpai.

No comments:

Post a Comment