
Masa kini terasa sangat pantas berlalu. Sedar tak sedar esok dah masuk hari minggu balik. Minggu ini sekali lagi aku tiada di UMK kerana mengikuti program yang aku sendiri tidak tahu namanya selama 3 hari 2 malam di Setiu, Terengganu. Ini semua adalah hasil muafakat dengan geng aku yang ingin menghabiskan masa terluang dengan percuma di sana. Aktiviti seperti ini memang menjadi kegemaran kami kerana selain dapat meluangkan masa bersama-sama, kami juga dapat menjimatkan duit selama 3 hari dan berjalan-jalan ke tempat orang.
Kalau ikutkan hati yang muda ini, aku mahu menggantikan tidur aku yang tidak cukup di hujung minggu ini namun ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku.
Mungkin minggu depan sajalah aku ganti tidur aku.
Mungkin.
Ohhh tadi aku tak berkesempatan tengok crush aku. Kami tiada jodoh hari ini. Kalaulah aku awal sikit mungkin aku sempat tengok dia tapi nak buat macam mana. Sebagai seorang class representative yang berdedikasi dan berjaya InsyaALLAH dunia dan akhirat, aku terpaksa keluar kelas lambat kerana ada perkara yang perlu di bincangkan dengan Puan Wan Farha.
Semuanya telah tersurat.
Kami tiada jodoh hari ini.
No comments:
Post a Comment