January 26, 2011

Selamat Bercuti Kawan-Kawan.

Pagi tadi, duta Jepun Mr. Masahiko Horie datang. Memandangkan aku adalah antara pelajar yang mengambil bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga aku maka sebahagian daripada kelas aku kena buat persembahan termasuklah aku. Kami menyanyi. Tolong jangan gelakkan aku. Baiklah sambung balik. Kami menyanyi. Lagu yang telah di pilih oleh Mika Sensei ialah "Ashitaga Arusa" atau pun kalau nak senang faham, "There's Always Tomorrow". Serius lagu ini sangat sedap untuk dendangan telinga korang. Kalau nak aku nyanyikan kat korang pun boleh juga.


Aku ambil daripada blog Meera :)
**********

Cuti pertengahan semester akan bermula lebih kurang 2 hari dari sekarang. Aku biasanya akan bersiap-sedia beli tiket awal-awal lagi risau tiket habis lepas tu menggelabah cari sana sini tapi tidak kali ini sebab aku akan balik KL dengan percuma. Juga tidak seperti sebelum-sebelum ini di mana aku akan sangat teruja nak balik tapi kali ini perasaan aku biasa saja. Mungkin mengenangkan mid-term exam sebaik saja naik cuti nanti. Perit.

Aku juga tak dapat balik rumah awal. Rabu malam aku bertolak dengan beberapa orang pelajar lain untuk ke Ulu Yam, Selangor menghadiri Perkhemahan 1Malaysia yang di sertai oleh universiti-universiti lain juga. Aku akan berada di sana sehingga hari Ahad dan selepas itu barulah aku pulang ke rumah. Mungkin aku akan berada di rumah hanya 3 hari sebelum berangkat pulang ke UMK walaupun cuti berbaki 3 hari lagi kerana aku kononnya nak buat persiapan mental nak jawab mid-term exam nanti.

Tak mengapa, berkorban sedikit demi masa depan (tipu). Lagipun nanti aku boleh cuti puas-puas 4 bulan. Masa tu mesti tak tahu nak buat apa duduk rumah.

Cukup, intro panjang sangat. Sebenarnya aku nak cakap sebelum aku balik ni aku tak beli apa-apa pun untuk di bawa pulang memandangkan aku tidak terus pulang ke rumah. Heyyyyyy aku sedang menipu lagi tahu tak?? Aku sempat beli 2 helai tudung padahal niat asal aku, Arieff dan C-ma ke Wakaf Che Yeh nak teman Musz beli kerongsang bunga-bunga untuk mak dia tapi aku pula yang lebih-lebih shopping. Waaaaa baiknya Musz belikan kerongsang untuk mak dia. Nasib baik ada aku dengan C-ma untuk tolong pilihkan. Bolehlah aku jadi menantu mak Musz memandangkan C-ma dah berpunya. Berangan.

Arieff, C-ma & Musz.

No comments:

Post a Comment