Kadang-kadang kita perasan lebih kita baca surat khabar hari-hari dan 24 jam duduk depan laptop baca blog pasal berita-berita terkini kononnya kita ni dah tahu benar dengan hal ehwal semasa tapi tolonglah jangan perasan, kita tak cukup bagus lagi sebenarnya.
Alhamdulillah, hari minggu aku yang terganggu dengan program Pemikiran Kreatif Nur Al-Falah di Setiu Agropark Resort, Terengganu sangat berbaloi sebenarnya. Melalui program ni aku di dedahkan dengan pelbagai isu sebenar yang terjadi di luar pengetahuan aku sebagai seorang mahasiswa yang tak kisah sangat nak ambil tahu hal ehwal semasa. Nampak macam perkara biasa. Pergi program lepas tu insaflah kononnya ohhhh dah timbul satu kesedaran dalam hati tapi ini serius sebab aku sampai berkerut dahi setiap kali fasilitator aku merungkai satu persatu masalah yang dihadapi dalam Malaysia mahu pun di luar negara.
Aku sangat respek dengan fasi aku, Prof. Madya Dr. Buhri Bin Arifin dari UMT, Terengganu. Cara beliau berfikir sangat berbeza dengan pemikiran orang biasa namun rasionalnya tetap ada. Beliau sangat kreatif dalam memberi analogi dan mengupas setiap isu yang di utarakan oleh ahli kumpulan kami untuk topik yang di bincangkan dalam kumpulan iaitu bidang pendidikan, ekonomi dan politik di Malaysia. Ok korang mesti tak percaya kan? Badariah yang tak matang tu nak cakap pasal ekonomi dan politik Malaysia? Apa yang dia tahu? Hahahaha.
Aku pun sebenarnya tak percaya yang aku akan bercakap dan meluahkan idea-idea aku mengenai bidang di atas namun sejak aku terlibat dengan debat aku serba sedikit telah mempersiapkan diri aku dengan isu-isu yang terjadi sekeliling kita namun rupanya masih tidak cukup weyhhhh!! Banyak lagi yang perlu di baiki dan di tingkatkan. Pengetahuan yang luas sangat penting tak kiralah isu politik, ekonomi hatta isu agama pun perlu di ambil kira juga.
Terima kasih Dr. Buhri dengan ilmu yang anda beri. Setiap pandangan yang Dr. Buhri bagi aku hormati. Pandangan yang baik sudah pasti aku ambil dan jadikan panduan untuk aku teliti dengan lebih dalam manakala yang buruk pula aku ambil pengajaran yang ada di sebalik cerita.
Setiap orang ada pandangan dia kan?
Nak upload gambar tapi nantilah.
No comments:
Post a Comment