January 21, 2011

Cita-Cita Saya Ialah.....


Dalam entry kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku dalam mengenal diri aku sendiri. Di sebabkan hari minggu ni aktiviti tak berapa nak sibuk maka aku ambil kesempatan ini untuk menaip blog yang aku kira lain ceritanya berbanding sebelum-sebelum ini. Tentang cita-cita yang terkandas.

Sebenarnya aku tak tahu cita-cita aku yang sebenarnya. Kalau dulu orang tanya aku nak kerja apa nanti aku tak tahu nak jawab macam mana. Aku akan cakap "belajar dulu" atau "go with the flow". Serius itu bukan jawapan yang tepat tapi aku memang tak tahu nak kerja apa tapi tapi tapi sekarang aku ada jawapannya. InsyaALLAH kalau di izinkan ALLAH. Sebelum tu biar aku cerita dulu apa cita-cita aku masa zaman tadika sampailah sekarang ni dah besar panjang boleh jadi mak orang dah ni.

Kalau masa kecil-kecil dulu cikgu tanya nak jadi apa, mesti kita cakap yang best-best je kan? Macam cikgu, polis, doktor, peguam, jurutera dan lain-lain lagilah. Terlalu biasa orang cakap. Macam dah takde jawapan lain.

Seingat akulah cita-cita pertama aku nak jadi pensyarah. Aku tak tahu pun pensyarah tu apa dulu tapi masa dalam kelas English darjah 2, aku kena baca petikan kat papan hitam dengan di ikuti oleh murid-murid lain dalam kelas. Habis membaca tu, teacher aku cakap,

"Waaaaa dah macam pensyarah saya tengok..."

Balik rumah aku tanya mak aku apa pensyarah tu dan mak aku terangkanlah kat aku apa maksud pensyarah tu sampailah aku faham. Sejak hari tu, setiap kali orang tanya aku nak jadi apa, aku dengan yakinnya cakap aku nak jadi pensyarah. Lama jugalah aku menyimpan cita-cita nak jadi pensyarah ni.

Entah bila tiba-tiba cita-cita aku berubah nak jadi cikgu pula. Mungkin sebab aku tengok cikgu-cikgu kat sekolah dulu kerja senang je. Masuk kelas mengajar dan hari-hari bergaya pergi sekolah. Duduk dalam bilik guru bergosip tak pun makan. Yang buat aku rasa macam best nak jadi cikgu sebab aku suka bila cikgu-cikgu cerita pengalaman dorang masa belajar dulu atau cerita anak-anak dorang. Aku pun mulalah berangan kalau aku jadi cikgu aku pun nak selalu bercerita dalam kelas macam cikgu BM aku masa tingkatan 6 dulu. Belajar 15 minit je selebihnya bercerita yang takde kena mengena dengan subjek.

Maka ramailah kawan-kawan aku membangkang cita-cita murni aku ni. Dorang cakap kalau aku jadi cikgu, dorang tak nak hantar anak dorang pergi sekolah tempat aku mengajar takut anak-anak dorang jadi macam aku. Tak pun dorang akan cakap sekolah tu takkan membangun kalau ada orang macam aku. Di sebabkan ayat-ayat tak membina keyakinan diri ni maka aku melupakan hasrat nak jadi cikgu. Betapa mudah aku menyerah.

Seterusnya aku menanam impian nak ambil bidang Psikologi sebab macam seronok pula kalau jadi ahli psikologi ni. Tolong orang mencari penyelesaian dalam masalah yang di hadapi. Kesinambungan daripada nak jadi cikgu sebelum ni, maka aku menyimpan impian baru nak jadi Cikgu Kaunseling pula. Tengok kerja Cikgu Kaunseling macam senang. Duduk kat bilik lain daripada cikgu-cikgu lain dan hanya guna kemahiran bercakap je. Ye ke? Mungkinlah kot.

Jadi masa nak apply untuk kemasukan ke universiti lepas tamat STPM, kesemua 8 pilihan aku letak pengkhususan dalam bidang psikologi. Memang confident tak ingat punyalah. Berangan dapat belajar psikologi lepas tu konon nanti nak psiko kawan-kawan. Serius aku menggelabah. Hahahaha.

Di takdirkan aku tidak terpilih untuk ambil Psikologi dan tidak terpilih untuk kemana-mana universiti. Hal ini kenyataan. Aku sangat hampa. Aku hampir putus asa. Aku tanya kat Kak Zizi, (masa tu aku masih bekerja kat Starbucks dan Kak Zizi adalah supervisor aku) kemana patut aku tuju memandangkan masa tu aku dah tak nampak bidang mana lagi aku nak pergi meneruskan kehidupan yang tergendala di tengah jalan. Lalu Kak Zizi dengan gaya seorang kakak yang baik menasihatkan aku,

"Kau kan suka berjalan. Pantang cuti pergi berjalan. Apa kata kau cuba apply Pelancongan..."

Berbekalkan ayat daripada Kak Zizi tu, dalam borang rayuan aku letak pilihan aku Pelancongan. Tiada bidang lain. Aku tak berharap dah masa tu. Kalau ada rezeki Alhamdulillah. Secara seriusnya juga, aku tak mempunyai rancangan lain selain daripada nak sambung belajar.

Dan, Alhamdulillah. Segala pujian bagi DIA. ALLAH dengar doa aku. DIA perkenankan. Walaupun masa tu aku masih tidak berminat dengan bidang ni tapi aku teruskan juga. Aku sebenarnya tak berminat dengan subjek Perniagaan tetapi itulah yang aku belajar sekarang. Keusahawanan dan Perniagaan dalam bidang Pelancongan. Dulu aku cuba untuk mengelak tapi kini tidak lagi. Lama-lama bila dah belajar aku jatuh minat terutamanya masa semester 3 kelas Dr. Ghazali, Pengenalan Kepada Pelancongan. Kini aku semakin yakin. Aku mahu terus serius dalam bidang ni. Aku semakin nampak dengan jelas betapa bidang ini sebenarnya sesuai dengan jiwa aku.

Ilani yang berpeluang pergi ke Bengkel Rahsia Tarikh Lahir telah membantu aku dengan lebih mendalam untuk mengenal diri aku. Ilani tolong kirakan aku punya tarikh lahir ;



Hasilnya ;



Kini juga aku tahu, kadang-kadang perkara yang kita nak sangat belum tentu kita boleh dapat dan kadang-kadang perkara yang kita tak jangka itulah yang akan jadi. Tak pernah aku bayangkan aku akan belajar bidang Pelancongan tapi aku sedar ini adalah jalan terbaik yang ALLAH telah pilihkan untuk aku dan aku takkan menyesal. Alhamdulillah, memang tidak pernah ada perasaan menyesal belajar sini dan bidang ini.

Maka jangan terkejut kalau korang nampak muka aku jadi pemandu pelancong korang pergi ke Jepun nanti. Ceshhhhhhhh. Hahahaha.

Terima kasih ALLAH untuk segalanya :')

No comments:

Post a Comment