
Perasaan berkecamuk. Bukan salah orang sekeliling aku tapi salah diri sendiri. Dugaan datang tak pernah nak beritahu.
Satu-satunya handphone dalam genggaman hilang.
Ini kenyataan.
Kadang-kadang kalau kita terlalu berharap kat orang pun tak boleh. Letak harapan tapi akhirnya kita sedar harapan yang kita sandarkan tu patah tiba-tiba.
Salah aku. Silap buat tafsiran.
Maka mulai hari ini kami perlu berdiri sendiri. Bergerak sendiri. Ya, aku yakin ramai yang akan tolong dan menyokong daripada belakang tapi tak sama kan dengan kalau korang sendiri ada dalam kumpulan tu dan tolong kami?
Aku tak tau nak cakap macam mana. Yang pasti nak tak nak aku kena teruskan juga.
Aku kecewa tapi tak mahu putus asa.
Sebab aku dah jatuh minat dengan bidang perdebatan ini.
No comments:
Post a Comment