Masa mula-mula di beritahu yang aku kena buat pilihan sama ada nak pergi kem atau nak terus balik rumah aku macam tertarik nak pergi kem. Tak tahu pasal apa. Mungkin sebab kem ni melibatkan universiti-universiti lain maka aku berfikir mungkin kem ni akan jadi lain sikit kot. Mungkin. Tapi kalau tiada kawan-kawan yang aku kenal nak pergi tak mungkin juga aku nak pergi. Nasib baik ada Syida dengan Mas maka aku pun meneruskan niat nak pergi Perkhemahan Perpaduan 1 Malaysia kat Ulu Yam, Selangor tanpa ragu-ragu.
SERIUS kem ni sangat seronok. Mula-mula memang rasa tak seronok sebab di dominasi budak-budak UniKL tapi bila dah masuk kumpulan masing-masing dan dah mula kenal memang rasa seronok giler. Mereka semua sangat sporting dan sekepala dengan aku. Mula-mula ingat nak cover-cover cun, bajet baik, sopan, berbudi bahasa semua tapi tak boleh pula memandangkan aku secara semulajadi memang dah begini.
Nama kumpulan aku Bamboo. Kami pilih secara muafakat. Aktiviti yang kitaorang buat semuanya mengeratkan persahabatan kitaorang. Daripada aktiviti mencipta logo, berakit, jungle trekking, berjalan dalam sungai menempuh halangan dan bersedia untuk persembahan Malam Perpaduan semuanya terselit memori indah yang tak mungkin aku lupakan. Serius.
Ya ALLAH serius aku takda idealah nak tulis apa tapi yang pasti kem ni sangat seronok sampai aku masih teringat-ingat kenangan masa kat Ulu Yam. Tambahan lagi kami, ahli-ahli kumpulan aku masih mengekalkan hubungan yang terjalin dengan Facebook. Ecehhhhh ayat menggelabah dah keluar.
Gambar tak banyak sebab takda kamera sendiri tapi kenangan tetap tersimpan rapi. Kesusahan dan kesulitan yang kami hadapi adalah sangat kecil jika nak di bandingkan dengan persahabatan yang terjalin antara kami semua. Terima kasih atas segala bantuan korang saat aku menghadapi masa-masa sukar di sana.
*********











No comments:
Post a Comment