January 20, 2011

Masa Semakin Terbatas.


Terlalu banyak tugas yang perlu di selesaikan. Ingatkan kalau malam hari minggu bolehlah nak tarik nafas lega kejap lepas dah berhempas pulas setiap hari bangun pagi pergi kelas rupanya tinggal harapan je semua tu. Aku dah berangan dah nak tengok movie dengan rakan-rakan seperjuangan tidur lambat dan lepak bilik Aisha sampai 3-4 pagi tapi hampa. Movie yang bersepah dalam external dah berkarat dah sebab tak ada masa nak tengok. Bila free sikit je mulalah ingat nak tidur tak pun online je sebab line wifi agak laju sekarang ni. Semua ini hanya impian sahaja sebab ;

1) Assignment dah bersepah-sepah dah. Tak bagi can nak lepak lama sikit.

2) Mid-term is coming soon. Serius tak sabar nak jawab mid-term weyh. (Sumpah tipu)

3) Meeting Kelab Debat, Kelab Pelancongan, JKK dan perjumpaan blok boleh di katakan tiap-tiap minggu ada dan bertindih masa. Sampaikan kadang-kadang aku dah tak tau nak pergi meeting yang mana satu sebab semuanya penting.

4) Kertas kerja untuk aktiviti semester Kelab Pelancongan (terutamanya kelas aku) nak kena buat. Tak lupa juga untuk Kelab Debat. Tiap-tiap minggu kena ada training dan nak buat kertas kerja ajak USM Kubang Kerian datang untuk friendly-match pada satu tarikh nanti.

5) Sukan menyihatkan badan. Yup, 3 kali seminggu ada perjumpaan dekat Kementerian Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program Sihat Tanpa Obesiti ini aku join sebab nak dapatkan masa yang konsisten supaya aku rajin bersenam. Stamina kurang sebab asyik tidur je.

Aku suka dengan keadaan yang sibuk. Kesibukan merupakan terapi untuk perasaan aku yang tak menentu. Hati aku sentiasa ada rasa rindu tapi aku sendiri tak tahu untuk siapa rindu aku. Adakah ianya untuk kau yang jauh di sana itu?

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment