January 2, 2011

Bingkisan Memori 2010.


Penat aku memikirkan apakah perkara-perkara menarik yang terjadi kat aku dalam tahun 2010. Serius aku tak nampak dengan jelas apakah perkara yang paling bermakna jadi kat aku sepanjang tahun 2010. Belek punya belek entry-entry lepas aku nampak satu perkara. Mungkin.

Aku kini menerima dengan sepenuh hati bahawa aku dengan kau tidak mungkin kembali macam dulu. Di tegaskan,
TIDAK MUNGKIN. Cukuplah, aku dah penat. Yang lepas biarkan lepas. Tahun baru kita buka lembaran baru. Ok ayat sangat klise.

Eyhhhh tadi masa memandu sorang2, aku dengar lagu "Bila Rindu" nyanyian Ruffedge, antara lagu terawal yang pernah kau nyanyikan untuk aku. Serius, perasaan aku terusik ingat kau tapi macam mana nak cakap eyh? Yang pasti aku senyum sorang2 sampai lagu tu habis dan di akhir lagu aku melepaskan satu keluhan ringan selepas mematikan enjin kereta sebab aku dah sampai rumah dan fikir nak tidur je masa tu.

Semoga kau gembira menempuh hari-hari kau di sana bersama rakan-rakan yang ada dan aku pula, aku sangat pasti aku juga sedang menempuh hari-hari aku sama ada yang telah lepas atau pun akan datang dengan perasaan gembira dengan rakan-rakan aku di sini.

No comments:

Post a Comment