January 22, 2011

Hati Mahu Menyanyi.


Sudah lewat tapi masih belum mahu tidur. Masih mahu duduk depan laptop klik sana klik sini buka sana buka sini. Tak tahu kenapa tak mahu tidur dan tetap mahu menaip blog hina ini. Mungkin mood menaip masih ada. Kalau tiada mood, pernah sampai satu semester tak update blog. Alasan, memang sebab tiada mood nak menaip.

Tadi pergi sambut birthday Mas. Rakan seperjuangan sama kelas sama jurusan. Aisha, C-ma, Ain dan Dol pun ada sama. Kami menikmati KFC kat Kubang Kerian sebagai santapan lewat malam dan tenaga tambahan untuk berbasikal ke Pantai Sabak esok hari. Seperti entry sebelumnya, tahniah Mas. Selamat menguak jendela ke angka 21 tahun. Tak lupa juga minggu sebelumnya kepada Aisha yang melangkah ke usia 22 tahun. Tahniah kalian.

Sampingan kepada peristiwa kat atas semasa dalam kereta tak kiralah perjalanan pergi atau pun perjalanan pulang lagu-lagu yang berputar kat radio menyentak dada aku. Kenangan terimbau tapi malas nak melayan. Gila ke kalau 10 lagu pasang semuanya ada memori takkan nak bersedih tiba-tiba. Aku tetap lepaskan perasaan. Menyanyi dengan kuat seolah-olah kereta Dol adalah pusat karaoke. Kasihan mereka terpaksa tahan perasaan dengar aku menyanyi. Maaflah kawan-kawan.

Sudah lama aku tiada teman untuk menyanyi dan sekarang aku sudah malas dan penat melayan lagu yang "berperasaan". Bukan tidak suka. Kalau tidak minat masakan aku boleh menghafal lirik-lirik lagu tersebut. Kalau pergi karaoke lagu-lagu seperti itu tetap jadi pilihan cuma aku mahu mengelak dengan lagu-lagu yang "berperasaan" dan penuh dengan kenangan.

Kenangan.

Sudahlah aku penat.

Cukuplah kenangan itu.

Tiba-tiba mood dan idea mahu menaip hilang. Puas mencari ayat untuk di susun tapi tetap buntu. Susah untuk menterjemah soal perasaan menjadi bait-bait indah untuk di baca dan di fahami.

Tidurlah Badariah. 

Tidur sendiri dan diam-diam.

Tidak mungkin untuk dia kembali dan mendendangkannya bersama.

No comments:

Post a Comment