February 18, 2011

Kita Bakor Je.

Tolong bersedia dengan entry kali ini sebab aku akan menulis lebih panjang daripada biasa. Jika tiba-tiba rasa mengantuk boleh terus klik tanda "X" merah kat atas sebelah kanan. Tahu kan?

Berbekalkan dengan tenaga 2 jam waktu tidur semalam dan bangun seawal jam 7 pagi, aku masih boleh menahan mata untuk menaip blog ni padahal sekarang sudah menunjukkan 1.30 pagi.

Hari Khamis yang ceria ini aku mulakan dengan kelas Enterprise kat Padang Tembak seterusnya ke kelas Etika Profesional di kampus utama UMK. Perjalanan balik dari Padang Tembak di penuhi dengan jenaka budak kelas aku yang tak habis-habis menyebut "kita bakor je, kita bakor je", pengaruh daripada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Habis kelas Etika aku terus menuju ke pintu perpustakaan memandangkan ada assignment yang terbengkalai dan perlu di hantar selewatnya pukul 3 petang. Selepas selesai dengan assignment aku naik ke bilik dan bersiap sedia untuk pergi bermain badminton selepas waktu Asar.

Dewan Tungku Anis di pilih sebagai lokasi sukan badminton. Aku pergi ke sana bersama-sama Saidah dengan abang sayang dia, Asufian. Mas juga bersama abang sayang dia, Dol. Aku pula dengan jeng jeng jeng jeng jeng jeng jeng jeng jeng jeng Mat Zubaidi yang bukan abang sayang aku, sebagai pelengkap untuk pasangan Sehati Berdansa di atas gelanggang badminton. Sangat puas tadi padahal ini adalah kali pertama aku ke Dewan Tungku Anis bermain badminton. Mat Zubaidi sangat hebat okey sebab dia selalu psiko aku untuk smash pihak lawan dan buat kami menang untuk kebanyakan set permainan tadi. Hanya satu je kami kalah. Aku rasa penat main badminton sebab sangat banyak gelak. Automatik otot-otot muka turut bersenam juga kan? Patutlah aku cengkung sikit tadi.

Apabila azan Maghrib hampir berkumandang maka kami pun pulang lepas dah penat hayun racket selama 2 jam. Pukul 8.30 malam harus turun kembali untuk menghadiri latihan debat dengan pendebat-pendebat lain. Latihan sebentar tadi sangat bermakna dengan kedatangan Abang Baihaqi dari UPSI yang banyak menunjukkan kepada kami cara-cara untuk berdebat dengan betul. Menceritakan perihal debat daripada sisi pengalaman beliau buat kami rasa lebih bersemangat untuk terus berjuang dalam arena debat. Cewahhhh ayat nak melambung je.

Habis latihan barulah aku menikmati makan tengahari + makan malam dekat kafe dengan Musz, Arieff dan Abang Baihaqi. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi maka aku perlu tidur sekarang memandangkan esok masih ada aktiviti untuk aku sertai.

Maaf kepada korang sebab tak dapat nak hadirkan diri untuk perbincangan tugasan kumpulan. Esok aku pasti hadir memandangkan esok adalah antara hari penting untuk kita siapkan tugasan OM. InsyaALLAH.


Terima kasih ALLAH untuk hadiah indah hidup hari ini.

Semoga hari esok lebih menceriakan dari hari ini.

No comments:

Post a Comment