February 20, 2011

Jalankan Tanggungjawab Anda.

Rindu nak makan kek coklat kakak Ilani buat. Semalam masa pergi pasar aku sangat teruja nampak kek coklat dan bertambah teruja bila tahu harga kek tu sangat murah. 2 potong RM1. Di sebabkan teruja yang melampau terus aku minta adik tu tambah lagi RM1 sampaikan Arieff dan Musz buat muka terkejut depan adik tu. Akhirnya, bukan aku yang makan semua kek tu, aku agihkan kepada Musz, Iskandar dengan Daus masa dengar manifesto bakal MPP UMK. Maknanya tak salahkan aku beli banyak? Hehe.

********
Jangan lupa kawan-kawan, jalankan tanggungjawab anda untuk turun mengundi esok hari dan pilih bakal MPP yang terbaik untuk UMK. Dalam kepala aku sudah ada beberapa orang yang aku nak undi tapi mungkin pilihan aku boleh berubah di saat-saat akhir kalau mereka nak belanja aku makan kek coklat banyak-banyak.

Mendengar manifesto malam tadi membuatkan aku terfikir adakah apa yang diperkatakan oleh wakil-wakil MPP ini hanya sekadar janji-janji kosong? Bukan mudah untuk menjadi MPP yang cemerlang memandangkan UMK adalah sebuah universiti yang baru dan memerlukan banyak pembangunan daripada semua sudut apatah lagi bila kampus baru di buka nanti maka lagi banyak perkara yang perlu di beri perhatian. 

Laparlah bila duduk dalam library ni. Konon nak buat assignment. Duduk dari pukul 12 tengahari tadi tapi sekarang dah pukul 5 petang apa pun tak buat. Haishhhh.

No comments:

Post a Comment