Lama tak kemaskini blog. Rasa rindu tapi tak tahu nak mulakan dari mana sebab banyak benda yang boleh di ceritakan tapi mungkin tiada satu pun yang penting untuk di baca oleh kamu namun semua benda yang terjadi kepada aku adalah sangat penting.
Setiap saat yang berjalan sangat berharga. Tinggal lebih kurang 2 bulan saja lagi sebelum semester 4 bakal berakhir. Bermakna, sebelum berakhirnya sem ni banyak perkara yang perlu di selesaikan. Bagi korang mesti suka kan sebab bila habis sem dapat cuti. Cuti 4 bulan lagi tu. Lama giler ok tapi tidak bagi aku. Terasa mahu berhentikan waktu supaya tidak lagi bergerak sebab aku tak sanggup berpisah dengan kawan-kawan fakulti lain. Mereka nanti akan berpindah ke kampus baru di Jeli dan Bachok memandangkan kampus baru akan siap tak lama lagi.
Eyhhhh aku tak boleh nak ceritalah. Terlalu sedih. Kenapa mesti jadi macam ni? Kenapa tak UMK buat macam tu? Kenapa kami tak pindah sama? Dan banyak lagi kenapa kenapa kenapa yang timbul setiap hari. Sangat sedih menghadapi kenyataan terhadap sebuah perpisahan.
Belum tiba masa yang sesuai untuk aku luahkan tentang ini.
Banyak tugasan baru yang aku dapat dan perlu di selesaikan. Tugasan individu dan kumpulan dalam kelas untuk setiap subjek sudah tentulah dalam genggaman. Tadi baru dapat tugasan baru. Kelab Debat akan buat satu majlis untuk meraikan pendebat-pendebat yang bergerak aktif dan aku adalah antara mereka yang bertanggungjawab untuk Majlis Anugerah Debat ini. Daripada kertas kerja, membahagikan tugas dan MC untuk majlis tersebut adalah tugas aku. Mereka yang lain juga pasti akan bantu aku. Semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar kerana mungkin ini adalah perjumpaan terakhir kami sebelum masing-masing akan berpecah kepada 3 kampus. Sedih lagi.
Masih ada 2 lagi mid-term exam sedang menunggu. Killer paper, Business Law buat aku cuak. Kertas kerja untuk aktiviti kelas, design untuk baju kelas dan tugas-tugas kelas yang kecil juga tak boleh di pandang ringan.
Seperkara lagi ;
Seperkara lagi ;
Weyhhhh kau, tolong jangan layan perasaan kau. Hargai masa-masa yang kita ada. Aku rindu saat kita jalan sama-sama walaupun sekadar ke pasar mencari makanan ringan untuk kita semua. Aku rindu saat makan bersama kat kafe sambil cerita tentang kelab kita. Aku rindu saat kita lepak kat pondok sampai lewat malam. Cepat-cepatlah redakan perasaan kau. Masa kita semakin terhad kawan.

No comments:
Post a Comment