Tak sangka aku boleh menangis tengok Disney ; Beauty and The Beast. Serius, itu adalah kali pertama aku tengok Beauty and The Beast. Kecil-kecil tak pernah tengok. Mungkin sebab ayah aku tak belikan video tape cerita tu sebab kartun Disney yang lain aku pernah tengok dan masih ingat sehingga sekarang.
********
Siang tadi tengok Aku Masih Dara dengan Aisha dan Mas. Terpegun dengan Ashraf Muslim sebab dia sangat kacak. Mahu suami seperti dia dalam filem tu. Aisha pun nak jugak. Sibuk je dia. Minta-mintalah ada orang lain berlakon macam Ashraf Muslim. Nanti boleh Aisha suka kat pelakon lain pula, takde nak tiru aku. Hahahaha.
********
Di sebabkan selalu sangat sibuk maka aku dan kawan-kawan sekelas selalu terlepas untuk menyaksikan events yang UMK buat. Serius, kami sentiasa menyokong events yang ada tanda semangat sayangkan UMK kononnya tapi tak salahkan kalau kita keluar bagi sokongan. Sambutan Maulidur Rasul terlepas di sebabkan terpaksa menghadapi mid-term exam IT in Business, sambutan Tahun Baru Cina terlepas sebab kami berkumpul dekat kopitiam untuk sesi interview dengan Pengurus Jualan Grand River View Hotel dan kami bakal terlepas menyaksikan Malam Penutup Sukan FASA yang nampak seakan hebat dengan tema "Masquerade" mereka dan banyak show yang hebat nanti juga akan terlepas di sebabkan mid-term exam Enterprise.
Ohhh dan aku masih belum buka nota Enterprise. Sadis.
********
Jangan risau Gopi, kami ada untuk kau. Bukan salah kau tiba-tiba boleh jadi macam ini. Kau dah jalankan tugas sebagai ketua kumpulan dengan baik cuma kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang termasuklah aku. Tak semua orang sempurna tapi percayalah, kau dah cuba yang terbaik dan aku nampak tu bila kau sentiasa suruh aku untuk serius setiap kali aku menyampuk masa kau bercakap dan kau akan buat-buat marah aku. Jangan risau, aku tak pernah ambil hati pun dengan kau.
********
Tak sabar nak tengok episod baru GLEE sebab Rachel dengan Blaine berduet. Eyhhhh korang perasan tak, bulan sangat terang malam ni? Hati aku pun terang dan tenang sepertimana rahmat cahaya bulan tu. Terima kasih ALLAH.

No comments:
Post a Comment