Minggu ini akan meninggalkan UMK selama 2 hari, menuju ke Besut bagi menghadirkan diri untuk Program Pemantapan JKK UMK. Seperti biasa, pergi bersama dengan kawan baik 4 orang, Aisha, Mas, Cma dan Ain. Eyhhhhhh Gopi ; sidekick aku pun ada tau. Satu pembaharuan okayyyy. Hehehehe.
Sepatutnya minggu ini juga adalah minggu pertama untuk latihan debat tapi memandangkan ramai ahli dalam pasukan debat yang terlibat dengan program-program universiti maka terpaksalah di batalkan. Sedih. Masa sangat berharga dan terhad. Semua perkara nak buat tapi kesempitan waktu dan ruang.
Mid term exam sedang menanti tapi aku masih tak buat muka cuak nak study. Hati risau tapi saja buat-buat tenang. Tengoklah nanti dah dapat kertas soalan mesti aku tengok kiri kanan cari jawapan. Masa tu mesti menyesal giler kenapa tak study awal-awal. Sekurang-kurangnya dapat belek sikit-sikit pun dah cukup baik. Tapi insaf sekejap je sebab bila ada test tetap buat perangai, MALAS BELAJAR. Hampeh.
Sila pergi jauh-jauh Encik Malas. Saya mahu Encik Rajin pula datang mengorat saya.

No comments:
Post a Comment