Kasihan dekat mak dengan ayah. Aku tinggalkan mereka dengan lambakan kerja-kerja yang terbengkalai. Ingatkan kerja-kerja baik pulih rumah tu dapat siap awal sikit maka aku bolehlah bantu kemas apa yang patut tapi nampaknya hanya bilik aku sahaja yang sempat di kemas sedikit. Masih banyak yang perlu di buat. Harap-harap adik-beradik yang lain dapat tolong mak ayah. InsyaALLAH.
Dan aku juga tak sempat bertemu Atiqah. Dia menegur di Skype tapi sayang laptop bukan di tangan aku ketika itu. Aku tinggalkan laptop di Kelantan. Maka aku masih belum bertanya khabar dia dan bercerita tentang diri masing-masing. Namun yang aku pasti dia sudah selamat tiba di Malaysia. Alhamdulillah.
Kelantan. Mid term exam bakal menjelang. Aku tidak bersedia apa pun lagi. Cuak juga tengok kawan-kawan dah buka buku, nota semua tapi aku masih tidak bergerak. Rasa takut ada tapi tak mahu juga bergerak. Mahu mula belajar tapi sekarang lapar. Kena makan dulu memandangkan aku tak makan apa pun dari semalam sebelum naik bas. Malam ini akan sibuk dengan kelas dan perjumpaan JKK.
Aku menangis dalam tidur tanpa sedar. Ada perkara yang aku pendam rupanya kerana kebiasaannya aku tidak begini tapi aku sendiri tidak tahu apa puncanya. Sabarlah wahai hati.

No comments:
Post a Comment