February 4, 2011

Merindui Secangkir Kopi.

Harap aku dapat menaip entry ini dengan secepat mungkin sebab aku sudah mengantuk sebenarnya namun masih mahu mengemaskini blog ini walaupun mata dah mengantuk lepas melayan movie sebentar tadi.

6.30 petang tepat sampai di OU untuk jumpa ex-partners Starbucks. Hanya Diana, Deepa dan Suraj sahaja yang ada kerana yang lain terikat dengan perkara masing-masing. Nando's di pilih sebagai lokasi untuk makan malam dan kemudian berpindah ke Chocolate's untuk sesi pencuci mulut. Serius, waffle coklat pilihan Deepa memang terbaik. Coklat yang melimpah memenuhi waffle dengan buah strawberri dan ais krim coklat buat aku terliur padahal dah kenyang giler masa makan kat Nando's sebelum tu.

Kami masih macam dulu. Berjumpa dan bercerita tentang kehidupan masing-masing. Saling memberi pendapat. Mereka sudah bekerjaya. Hanya aku di situ yang masih bergelar seorang pelajar. Masa cepat betul berlalu. Satu hari nanti aku juga akan jadi seperti mereka. InsyaALLAH. Terima kasih Suraj kerana bagi nasihat selayaknya seorang abang kepada adik-adiknya dan belanja kami separuh untuk hidangan tadi. Semoga kita sentiasa kekal begini. 

********

Tepat pukul 10.30 malam singgah sekejap kat RFM. Tidak di rancang memandangkan terasa tidak mahu pulang lagi. Sempat berjumpa dengan mereka, Cepek dan kawan-kawan lain kat RFM. Agak lambat sebab kebiasaannya aku pasti lepak dengan mereka setibanya di KD. Itu pun tadi Hafiz Petai dah bising. Dah nak balik baru ingat nak lepak. Agak terasa di situ tapi aku sedar bukan mudah nak senangkan hati semua pihak.

Cuti ini terasa benar-benar pendek. Tak mampu nak capai semua.

No comments:

Post a Comment