December 14, 2010

Mulut Kembali Petah Berbicara.

Hari ni jadual aku full. Full dgn training debat yg tinggal 3 hari saja lagi. Ohhh sangat takutlah sbb akan lawan dgn universiti2 yg gah-gah dan bergaya. Mungkin jejaka-jejaka mereka juga lebih bergaya berbanding yang ada di UMK ini. Haaaaaa tengok, ulat bulu dah panjat longkang. Gatal-lah aku ni.

Kami sudah mula dgn sesi debat ala Parlimen yg sebenar. Masih belum serius terutamanya aku yg suka ketawakan kawan2 debat lain. Jahat? Bukan, cuma rasa sangat kelakar sbb masing2 masih tercari-cari identiti sendiri dan akhirnya tadi selepas 3 percubaan kami berjaya membawa usul kami dengan agak baik. Masih terdapat kecacatan yg sangat perlu di perbaiki namun kami akan berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Walaupun masih baru dalam arena debat tapi aku sangat teruja dan xsabar nak ke UTHM. Ingin mengutip pengalaman dan melihat corak-corak pendebat dr universiti lain. Dalam bahasa ringkasnya, memang xsabarlah weyhhhhhhh.

Banyak masalah jadi kat aku yang melibatkan kolej kediaman. Malaslah nak taip apa masalah tu. Buat sakit hati je. Ingatkan balik awal senang hidup rupanya pengurusan kolej yang entah apa2 ni buat aku patah sangat nak berdebat. Nasib baik ada orang yang naikkan semangat aku untuk berdebat tadi. Ehem ehem rahsia ok. Dah cukup.

Kepada budak2 FESTKUM UMK terutamanya kepada engkau yg aku nampak dr jauh tp tak berani nak tegur, semoga bergembira kat USM Pinang nanti. Aku tengok kau menari tadi sangat comel sampai aku senyum sorang2 macam tengok Oh Yeah! episod 9 Johan jadi Bernard Chantek.

Ok baik aku tidur sekarang. Esok mesti jadual penuh lagi seperti hari ini.

Semoga ALLAH limpahkan rahmatNYA kepada aku yg hina ini.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment