December 28, 2010

Aku Ingin Pulang.

Mereka adalah antara kesayangan aku :)

Mungkin hari cuti minggu ni aku akan balik KD. Aku mahu berjumpa dengan mereka, sahabat-sahabat kesayangan sebelum masing-masing memulakan pengajian mereka sebab aku yakin bila masing-masing dah masuk U balik mereka akan sangat sibuk dan kami tak mempunyai kelapangan untuk berjumpa lagi melainkan perlu menunggu untuk cuti semester seterusnya untuk berjumpa kembali. Jadi, apalah salahnya kan kalau aku berkorban sedikit pulang sebentar berjumpa, lepak dan bertanya khabar mereka sebelum masing-masing berperang dengan kehidupan mereka nanti.

Aku sudah merancang untuk berjumpa dengan Hanis dan Ilani untuk keluar bersama mereka Jumaat nanti. Aku balik tak lama. Dua hari sahaja. Dua hari okeyhhhh. Sangat sekejap dan nampak tidak berbaloi tapi aku sudah berangan mahu balik bawa beg besar memandangkan baaaaaaanyak giler baju aku yang belum di basuh. Ok ok bukan malas. Tolonglah faham aku bukan seorang yang malas cuma aku tidak rajin seperti orang lain yang sangatlah rajin basuh baju hari-hari pakai tangan. Sumpah bagi aku itu sangat rajin ok. Nak duduk lama-lama dalam bilik air sorang2 sambil tangan bergerak tak henti-henti basuh baju. Patah-patah tangan aku ni nanti. Hahahaha.

Mungkin juga aku akan sambut tahun baru di KD dengan mereka yang lain-lain sambil menyaksikan bunga api yang kebabom kebabom letupannya seperti tahun-tahun yang lepas. Mungkin kan? Segalanya berkemungkinan.


Terima kasih Syafiqah Alias dengan entry anda :)

No comments:

Post a Comment