December 16, 2010

Kian Mendebarkan II.


Hari ini kami mula kembali berlatih berdebat dan menggunakan ayat2 berstruktur supaya pada hari pertandingan nanti kami tidak kekok untuk menggunakannya. Bukan senang sebenarnya untuk membiasakan diri menggunakan ayat2 berstruktur ini kerana ada waktunya mulut aku seolah-olah tidak tahu untuk menggunakan perkataan2 atau bahasa2 yg puitis menjadikan perdebatan ini tampak sukar. Tidak sama rupanya seperti berdebat dengan rakan2 di kedai mamak.

Dengan 2 tajuk usul, Bumi Hijau dan Kuning Berdaulat membuka mata kami dengan lebih luas bukan senang rupanya untuk berdebat di bawah tema peribahasa atau mantik. Usul Bumi Hijau membuatkan kami "lost" tiba-tiba. Tak tahu mana silapnya. Mungkin sebab dah muak tapi kami teruskan usaha dengan usul kedua iaitu Kuning Berdaulat. Waaaaaaa usul ini buat kami kembali hidup kerana usul ini sangat menarik sehingga kami asyik ketawa semasa debat di jalankan. Namun yang lebih menarik, usul ini membuatkan semua orang mengeluarkan taring masing2 dan dari sini aku nampak setiap orang ada kelebihan masing2. Syukur.

Latihan di teruskan pada waktu malam pula. Peliknya kami tiada keinginan untuk berdebat seperti pada siangnya tapi kami berbincang mengenai usul-usul Debat Diraja untuk tahun 2007, 2008 dan 2009. Kami membincangkan satu persatu usul-usul tersebut supaya kami tidak "lost" pada hari pertandingan nanti. Dalam banyak2 usul yang aku tengok, aku sangat suka usul-usul berkaitan sosial, humor dan peribahasa. Mungkin sesuai dengan jiwa aku kerana aku bukannya suka sangat pasal politik dan ekonomi. Aku rasa sangat bernasib baik dan bertuah kerana aku dapat bergaul baik dengan pendebat2 lain dan dapat kenal dengan dorang sbb dorang sangat bijak bagi pandangan aku. Mungkin lepas ini aku dapat bekerjasama dengan pendebat2 UMK yang lain pula.

Esok kami akan bertolak ke UTHM, Batu Pahat, Johor. Semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik. Aku tidak begitu mengharapkan kejayaan kerana aku tahu aku masih dalam proses pembelajaran namun kalau ada kemenangan walaupun untuk satu pusingan, itu satu bonus untuk aku terus melibatkan diri dalam arena debat ni. Kenapa tidak bukan?

P/S ; Aku sempat berjumpa dan bersembang dengan C-Ma dan Mas sebelum mereka pergi untuk Baktisiswa pagi tadi. Hati aku lega sedikit. Tak tahu kenapa. Mungkin itulah dye semangat daripada sahabat. Mungkin.

No comments:

Post a Comment