December 17, 2010

Kian Mendebarkan IV.


Ya esok adalah hari yang aku tunggu-tunggu. Bukan tunggu sebab teruja nak berdebat ke apa tapi tak sabar nak habiskan semua penyeksaan dalaman ni. Giler ko hari2 kena fikir usul apa nak keluar masa bertanding. Adakah usul2 yang bakal keluar nanti susah ke senang ke or usul2 tu memang tak pernah di bincangkan oleh kami semasa dalam tempoh latihan. Atau mungkin usul2 yang keluar nanti takut kami tiada idea nak berdebat. Atau usul tu nanti kami dapat pihak pembangkang ke atau kerajaan. Adakah usul itu pembangkang atau kerajaan yang boleh menang? Haaaaaa tengok, itulah benda2 yang asyik dalam kepala aku.

Di sebabkan kami sampai awal kat UTHM semalam maka hari ini kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar bandar Batu Pahat. Haaaaa kerja giler lagi. Kalau U lain berpulun sungguh dengan training, buat research sampai tebal giler diorang punya maklumat, duduk kat cafe sampai lewat malam tapi tidak kami. Kami pergi berjalan-jalan dan paling tak boleh blah kami berkaraoke untuk pastikan suara kami boleh melontar keluar.

Hasil daripada perbincangan akhir tadi, secara keseluruhannya sebelum bertanding apa yang boleh aku katakan kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada esok hari. Kami telah berusaha dengan meyakinkan diri sendiri untuk berhadapan dengan U-U lain yang lebih besar dan ternama dan kami juga telah memotivasikan diri sendiri dan rakan2 lain agar jangan cepat sangat "down" bila kalah. Tak lupa juga, kerjasama dan keserasian dalam kumpulan sangat penting utntuk kami semua.

Semoga kami kuat untuk hari esok.

No comments:

Post a Comment