
Hari ni kami xda praktis berdebat dengan ayat berstruktur bak kata Musz. Hanya mencari fakta dan bahan bukti sebagai bahan persediaan untuk perlawanan sebenar nanti. Melihat kepada topik2 yang kami bincangkan tadi buat aku tambah risau. Semakin banyak aku baca rupanya semakin banyak yang aku tak tahu. Macam mana aku nak goreng ayat masa bertanding nanti? Aku perlu belajar dengan lebih mendalam. Ya dengan lebih mendalam supaya dapat aku bidas pihak lawan menjadi padang jarak padang tekukur. Sekali bidas semua jatuh tersungkur. Okay ini ayat Midin.
Oh yaaa aku sangat respek dgn Midin dan Sathish. Serius kalau mereka ini takde aku rasa aku pun xberani untuk pergi bertanding. Mereka sangat berusaha mencari bahan bukti dan menerangkan kepada kami dengan teliti setiap pengetahuan yang mereka dapat. Arieff pon macam tu. Sangat rajin bertanya dan gigih menyalin maklumat. Munirah walaupun nampak lembut tapi penuh ilmu di dada. Aku? Jangan tanya. aku sangat pemalas dan lebih suka mendengar apa yang mereka bincangkan. Aku harap ilmu yang aku dengar daripada mereka terserap penuh agar dapat di gunakan semasa bertanding nanti. Harapan.
Oh dan terima kasih kepada Luqman. Siapa itu? Pendebat UMK juga namun tidak dapat menyertai pertandingan ini. Seperti juga Musz, Zack dan Zaza, dye terikat dengan aktiviti lain dan juga di sebabkan oleh dekan fakulti dye yang tak bagi dye ponteng kuliah. Sangat skema ye. Terima kasih korang di atas segala tips yang di berikan. Aku sangat cuak. Tak tahu nak cakap macam mana. Haishhhhh.
Esok adalah hari terakhir untuk membuat persiapan sebelum bertolak untuk ke pertandingan debat ni. Semoga esok kami dapat buat sekurang2nya 300 sesi debat main-main. Ye main-main sahaja. 3x sekurang-kurangnya ok. 3 KALI. Ok dah mengantuk.
Situasi macam ni buat aku sangat teringat kat makcik-makcik kesayangan. SANGAT.
No comments:
Post a Comment