Nak cerita ni pasal aktiviti semalam. Teruskan membaca kalau anda tidak melakukan sebarang aktiviti waktu ini. Mungkin cerita ini boleh mengisi masa lapang anda.
Ok ok semalam aku telah ke Bukit Broga, Semenyih yg telah menjadi antara lokasi pilihan aku untuk cuti semester kali ni. Niat ke Broga ni dah lama sejak nampak foto-foto Fadhilahanis ke sana. Sangat teruja sebab kawasan tersebut saaaaaangat cantik utk pencinta alam macam aku ni. Ok tipu. Untuk mengisi masa lapang sebenarnya.
Seawal 4.30 pagi kami iaitu aku, Fazilla, Cepek, Risa, Hafiz, Acap, Alip Akmal dan Firdaus telah berkumpul kat Shell Seksyen 6, KD. Lepas semua org dah ada maka kami telah pun bertolak ke Semenyih lebih kurang pukul 5 pagi dan tiba di sana tepat2 azan Subuh berkumandang dari Masjid Pekan Semenyih. Selepas berhenti solat sebentar maka kami pun bersiap-sedia dari segi kasut, torchlight dan air untuk memulakan pendakian kami ke puncak Bukit Broga. Perjalanan untuk sampai ke puncak bukit hanyalah 30 minit jika anda tidak berhenti untuk rehat, mengambil gambar dan menunggu rakan anda yg penat seperti kami.
Maka inilah cerita pendakian kami ;
Semangat, semangat mendaki bukit. Fuhh fuhh fuhh!
Haaa dah nampak cahaya matahari sikit.
Matahari dah nak keluar dah.
Keterujaan bergambar jangan di lupakan.
Okay, nampak sangat aku yg paling gigih naik bukit.
Muka aku penuh dgn cahaya keimanan. Amin.
Pendakian di teruskan ke puncak bukit yg kedua.
Itu mereka.
Mereka berjaya sampai ke puncak ketiga yg paling tinggi.
Aku tidak segagah mereka.
Ahli kembara Bukit Broga 3/12/2010.
Terima kasih kepada korang semua sebab sanggup tunggu aku naik sampai atas dan memberikan kata-kata sokongan supaya aku dapatkan teruskan pendakian. Serius, aku hampir putus asa dan sangat penat tapi terbalas dengan melihat keindahan Bukit Broga dan kegembiraan kita semua bila dah sampai kat puncak.
Terima kasih sangat-sangat untuk semuanya. SEMUA :)
No comments:
Post a Comment