March 7, 2012

Dengar Dahulu Kemudian?


Sem lepas masa dinner kelas, berlaku salah faham antara aku dengan classmate aku yang berbangsa Cina. Aku menegur classmate aku sebab dia berpakaian agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk dinner kami malam tu. Tak sangka dengan teguran aku tu, dia terasa dan akhirnya terus pulang ke asrama. Betapa kejamnya ayat yang aku bagi kat dia sampai dia boleh terus balik asrama tapi aku tak ambil inisiatif untuk pujuk dia balik pun. Yang pujuk dia untuk datang balik ke dinner tu adalah Naim dan Miss Liana.

Aku buat apa? Hanya minta maaf kat dia itu pun lepas dinner tamat.

Tapi perselisihan faham tu tak-lah di teruskan selepas tamatnya dinner tu. Habis kat situ je tapi yang pastinya perkara tu menjadi antara titik hitam untuk aku dan classmate Cina aku tu sebab sebelumnya kami tak pernah ada sebarang masalah pun.

Tiba-tiba dalam kelas 2 hari lepas, Miss Liana tanya beberapa orang dalam kelas, pandangan mereka terhadap classmates yang di pilih oleh Miss Liana. Saat Miss pilih Lai, okay nama budak Cina tu Lai. Aku baru nak letak nama sekarang. Okay saat Miss tanya Lai apa pandangan dia tentang aku, aku memang terkejut sebab aku dah fikir dah,

"Habislah aku, malulah aku. Lai mesti cerita kes hari tu. Ohhh crap baby!!"

Haaaaaa sampai keluar ayat omputeh maknanya aku memang cuak giler laa. Tapi tapi tapi kan, tanpa sangat disangka-sangka Lai cerita benda lain dan takde kaitan pun dengan dinner sem lepas. Dia cerita, dia kagum tengok aku dalam video yang dipertontonkan kepada audiences dalam dewan semasa Seminar Pelancongan sem lepas. Dalam video tu aku jadi ala-ala tour guide masa trip ke Selatan Thailand. Dia suka tengok aku dalam video tu dan aku ada ciri-ciri untuk menjadi tour guide yang baik. Dia katalah. Bukan aku kata.

Kemudian? Aku terdiam sejenak dan berfikir. Betapa jauhnya antara perkara yang aku ingat Lai nak cakap dengan apa yang dia cakap sebenarnya. Aku fikir negatif tapi Lai cerita sebaliknya. Serius aku terharu. Terharu giler sedangkan satu kelas tahu kejadian masa dinner tu.

Lepas kejadian tu aku seboleh-bolehnya nak elakkan berfikir buruk pasal orang lain. Bukanlah aku ni selalu fikir buruk pasal orang lain tapi normal-lah kan ada juga terfikir yang tak sepatutnya terhadap orang lain tapi  ini adalah kejadian yang betul-betul buat aku berfikir secara mendalam.

Aku akan berusaha. Sejahat mana pun orang tu dengan aku tapi aku akan cuba fikir yang baik-baik je pasal dia. Masalahnya sekarang, mampu ke tak? Mampu ke tak? Mampu ke tak? Mampu ke takkkkkkkk?

Haaaaaa jangan fikir apa-apa. Buat je. Mampu tak mampu belakang kira.

February 20, 2012

Semakin Aku Cinta.


Nampaknya semester 6 ini aku akan di berikan pendedahan yang lebih meluas berkaitan dengan industri pelancongan, penyumbang kedua terbesar ekonomi negara, bidang yang bakal aku ceburi nanti. Subjek-subjek aku untuk sem ini ialah :
  • Keusahawanan Strategik
  • Pengurusan Pengembaraan dan Perjalanan
  • Pengurusan Senggang dan Rekreasi
  • Ekopelancongan
  • Projek Penyelidikan Pelancongan
  • Pengajian Muzium dan Galeri
Dan, telah diberitahu oleh lecturer-lecturer aku bahawa sem ini adalah sem yang akan menggunakan banyak duit sebab setiap subjek itu kami akan pergi berjalan untuk penilaian dan tugasan yang akan di beri nanti.

Aku patut berjimat. Sempat lagi kan?

Uhmmmmm kalaulah duit boleh tanam dalam bilik kan bagus.

Bait Indah Semester 6.


Saat duduk bersembang dan bergurau dengan teman sekelas tadi, aku sangat gembira kerana keadaan seakan-akan kembali seperti sedia kala. Semester lepas merupakan semester yang kritikal buat kami sementelah banyak konflik yang berlaku antara teman sekelas sesama sendiri.

Ada antara kami yang semakin renggang namun tadi aku gembira. Jujur, aku sangat gembira. Aku kira tadi adalah permulaan yang baik untuk kami semester ini. Aku tahu, teman sekelas aku adalah antara mereka yang sangat prihatin dan mengambil berat. Walaupun kami berdepan dengan konflik-konflik sehingga membuatkan keadaan persahabatan kami berubah sedikit tapi apabila melihat Dol yang sakit, semua berkumpul dan turut bersimpati dengan nasib Dol. Masing-masing seakan lupa persengketaan yang pernah berlaku.

Itulah keadaan kelas aku yang sebenarnya. Tidak hipokrit. Semoga keadaan ini terus kekal sehingga ke penghujung pengajian kami di UMK.

Aku sayang teman sekelas aku. Juga, teman seperjuangan dalam perdebatan.

February 19, 2012

Tidak Cukup Setahun.

Maka tamatlah sudah cuti semester 5 dan esok bermulalah semester 6 pengajian aku di universiti yang relevan, unik dan berbeza ini. Rasa macam sekejap je. Yelah, cuti pun bukannya aku duduk di rumah tapi menghabiskan masa di UMK. Bagi aku, masa belajar adalah masa terbaik untuk mengumpul pengalaman, mengasah kemahiran berdikari  di tempat orang dan melakukan perkara yang tidak mungkin dapat aku lakukan apabila sudah menceburi alam pekerjaan nanti.

Menceritakan tentang detik Pertandingan Debat Piala Pantai Timur di UIAM Kuantan dan Pertandingan Debat DiRaja di USM Pulau Pinang merupakan pengalaman tidak ternilai dan tidak semua orang mampu untuk memilikinya. Melakukan pengorbanan masa, wang dan tenaga untuk perkara yang kita sukai merupakan satu kepuasan kepada diri aku. Biarlah mereka kata aku bodoh namun aku tak pernah menyesal kerana aku percaya debat melatih banyak perkara yang aku tak dapat dalam sesi kuliah.

Walaupun tidak mengecapi nikmat kemenangan kerana jurang pengalaman dan teknik perdebatan yang jauh berbeza daripada universiti-universiti lain, aku tidak kecewa. Aku tahu, bukan mudah untuk menang dan mereka yang menang itu adalah orang yang layak untuk menang atas usaha mereka yang tidak berbelah bagi dalam arena perdebatan.


Namun bagi kami, berbekalkan usaha yang telah kami lakukan sepanjang setahun ini, Alhamdulillah ada perubahan yang menampakkan hasil. Sekurang-kurangya dalam pertandingan kali ini kami tidak di buli dengan margin kekalahan yang besar dan kami mampu untuk memberikan persaingan kepada universiti-universiti lain. Mungkin bukan rezeki aku untuk melihat perubahan yang besar dalam Kelab Debat UMK sementara aku masih belajar di sini. InsyaALLAH, junior akan meneruskan perjuangan ini untuk mendapatkan kejayaan buat UMK selangkah demi selangkah.

Aku percaya, kejayaan itu akan kami miliki. ALLAH Maha Adil. Apabila kami sudah layak InsyaALLAH kemenangan milik kami. Kami sedar, perjalanan untuk berjaya itu masih jauh. Banyak lagi yang kami perlu pelajari dan baiki.

Semoga ALLAH menemani perjalanan kami dalam usaha untuk mengubah kepada keadaan yang lebih baik. Niat ini akan cacat tanpa keredhaanNYA.

Semoga DIA redha dengan usaha kami.

Amin.

********

Selamat menyambut hari lahir buat teman seperjuangan dalam arena perdebatan, saudara Arieff Shukri.


Sebagai seorang perempuan, aku adalah yang paling emosional dalam pertandingan. Aku sering di marahi oleh Arieff dan Najmi kerana gagal mengawal emosi dan melenting dalam waktu perbincangan konsep 30 minit sedangkan perkara kecil je yang aku risaukan.

Jadi, aku tersangat berterima kasih kat Arieff sebab selalu buat aku tenang dan yakinkan aku bila perasaan takut, hilang daya fokus, "aku tak boleh buat ini" dan "matilah aku" datang.

Terima kasih Arieff kerana percaya pada aku sedangkan aku pun kadang-kadang hilang percaya pada diri sendiri.

Semoga ALLAH pelihara kau selalu dalam rahmatNYA.

Amin :)

February 8, 2012

Pencerahan Semangat Untuk Bertanding.


Aku terkejut dan terkesima sebentar.

********

Aku masih ingat bagaimana aku bertemu dan berkenalan dengan Bai. Saat sedang bersedia untuk pulang ke UMK setelah tamatnya Pertandingan Debat DiRaja 2010 di UTHM, Johor dia datang menghampiri bas universiti kami dan menegur Arieff. Bertanyakan jika sekiranya dia boleh serba sedikit membantu Kelab Debat UMK memandangkan dia akan membuat latihan praktikalnya di sekitar Kota Bharu berdekatan dengan UMK. Arieff tidak boleh memberi jawapan lalu di panggilnya aku untuk turun dan berbincang bersama. Kata sepakat di ambil. Kami akan menghubungi Bai setelah berbincang dengan Mus dan mereka yang ada dalam kelab juga ketika itu. 

Akhirnya setelah beberapa lama berbincang kami bersetuju. Itu pun masih ragu-ragu lagi dengan kewibawaan Bai dan masalah kewangan untuk dia tapi Bai tak harapkan semua tu. Dia memang ikhlas datang untuk mengajar kami. Maka belajarlah kami dengan Bai. Daripada asas debat iaitu teknik membina konsep, membuat hujah, membidas lawan, membuat pertikaian, keyakinan dalam persembahan dan sebagainya, segala macam ilmu cuba untuk di curahkan sepenuhnya kepada kami. Dia tak pernah bosan malah dia yang lebih bersemangat mencari bahan untuk berdebat daripada kami. Dia sememangnya layak melatih dan kerana itulah ALLAH hantar dia untuk kami.

Jika Bai ada masa kami pergi bertanding, dia yang akan bertanya kepada juri yang mengadili kami tentang kekurangan dan masalah yang perlu kami perbaiki sekiranya dia tidak sempat melihat kami berdebat. Konflik-konflik yang ada dalam kelab pun Bai yang tolong beri pendapat. Memberi beberapa cadangan yang kami tak pernah terfikir. Bai tahu semua masalah kami dan kami juga tidak kekok bercerita kepada Bai kerana bagi Bai, tiada apa yang patut di sorok daripada pengetahuan dia. Kami sama-sama kongsi masalah dan selesaikan.

Banyak jasa Bai tolong kami untuk menggerakkan Kelab Debat UMK ini. Tak lupa juga sokongan daripada orang-orang HEP. Bersyukur, biarlah orang lain tak nampak tapi kami tahu di mana potensi kami untuk menaikkan kelab ini.

********

Tiba-tiba Bai terpaksa bergegas pulang dalam tempoh latihan persediaan ke Pertandingan Debat DiRaja 2011 di USM, Pulau Pinang nanti. Tidak boleh di tangguh. Ini soal masa depan dia. Pulang mendaftar dan bekerja untuk menjadi guru sandaran. Besar kemungkinan akan diserapkan terus sebagai guru tetap sekiranya berpeluang.

Bai pun seakan kecewa dan sedih kerana kalau nak di ikutkan, pertandingan inilah yang dinanti-nantikan oleh Bai. Di anggap sebagai perhitungan untuk melihat perubahan terhadap prestasi kami dalam arena debat. Namun, bukan rezeki dia. ALLAH telah merancang dengan lebih teratur, menduga dia dengan memberi ganjaran dalam saat genting seperti ini.

Aku pula?

Aku sedih. Banyak lagi yang belum aku pelajari. Walaupun Bai cakap kami dah cover banyak perkara tapi sebenarnya banyak lagi yang tertinggal dan tidak sempat dicapai.

Aku takut. Kekuatan bagai ditarik. Seawal perancangan beliau akan bersama kami sehingga tamat pertandingan tapi benarlah, kita hanya merancang tapi ALLAH-lah sebenar-benar perancang. Ada sesuatu yang di simpan oleh-NYA yang tidak kami ketahui.

Aku celaru. Risau akan bertemu dengan pasukan yang jauh lebih hebat. Bertembung dengan universiti-universiti yang lebih lama telah mencipta nama sedangkan kami? Baru mahu bertatih dalam arena perdebatan. Masih tidak dikenali dan mungkin di pandang enteng universiti-universiti lain.

Kalau universiti lain ada alumni debat mereka yang terkenal dan boleh di banggakan, kami tidak punya sesiapa. Kami masih belum punya alumni debat yang dapat membantu dan memberi sokongan sepanjang pertandingan nanti. Juga, yang dapat memberikan idea untuk di bawa dalam dewan persidangan. 

Mungkin ALLAH mahu kami lebih berdikari. Mungkin. Sebab aku pernah terfikir, sebelum ini memang kami terlalu bergantung harap dengan beliau. Bilakah kami akan berdikari? Dan persediaan untuk ke Debat DiRaja ini aku akui, aku sangat bergantung harap dengan beliau untuk membawa kami jauh.

Walaupun sasaran kami bukan ke pentas akhir tapi meletakkan pasukan kami dalam kelompok pertengahan pun sudah cukup baik memandangkan tahun-tahun yang sebelumnya kami berada dalam kelompok yang tercorot. Kejayaan bukan di ukur daripada berapa banyak pengiktirafan yang kami terima buat masa ini tetapi berdasarkan prestasi semasa dan perubahan positif yang berlaku dalam pertandingan yang kami sertai.

Niat aku, aku mahu didik junior nanti menjadi pendebat yang rendah hati dan belajar daripada bawah supaya mereka tahu betapa sukarnya membina dan menaikkan sesebuah kelab. Berapa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dan jangan sesekali berlagak mahu menjadi diva kerana bukan mudah nak menang. Kami belum menang tapi kami akan berusaha untuk menang. Usaha itulah yang akan membawa kepada perubahan positif dalam kelab nanti.

InsyaALLAH, aku akan berusaha demi kebaikan pasukan aku dan junior. Ini adalah satu harapan juga satu impian apabila aku jadi alumni debat nanti. Aku memang sudah tanam cita-cita ini. Aku mahu datang kembali untuk berkongsi pengalaman dan memberi sokongan penuh kepada junior Kelab Debat UMK beberapa tahun akan datang.

Semoga aku terus diberi kekuatan oleh ALLAH Yang Maha Penyayang.

Amin.

February 6, 2012

Bezanya Sisi Indah Kita.


Semua orang sedang gembira menikmati cuti semester mereka. Mengemas kini gambar-gambar semasa yang sibuk berhibur ke sana sini. Aku? Aku juga sedang menikmati cuti semester aku dan berhibur di UMK.

Aku sendiri yang membuat pilihan untuk keadaan semacam ini maka aku tidak boleh mengeluh dan cemburu dengan teman-teman lain.

Bagaimana pula aku berhibur?

Membincangkan perihal isu semasa, di beri tekanan menghadam fakta, di paksa untuk berfikiran kritis, belajar mempunyai pandangan untuk proksi kerajaan dan pembangkang, di suruh untuk menaip teks ucapan sendiri, membuat penilaian terhadap kesalahan diri sendiri dan teman perdebatan, di uji membuka konsep dan membina hujah dalam tempoh maksimum 30 minit (kadang-kala 5 minit telah di paksa berdebat) dan menikmati hidangan tengah hari dan malam bersama-sama pasukan debat.

Itu antara hadiah tidak ternilai untuk aku.

Terima kenyataan dan bersyukur :)

December 9, 2011

Rehat Sebentar.


Hari ini hari Jumaat. Kalau di Kelantan, hari Jumaat adalah hari bermulanya cuti hujung minggu. Hari ini aku tidak melakukan sebarang aktiviti. Hanya duduk dalam bilik dan menyiapkan tugasan yang perlu dihantar sebelum tarikh akhir. Sementara meredakan perasaan geram dengan beban tugas yang ada maka aku menulis blog ini.

Sambil lagu-lagu Bahasa Inggeris yang beri banyak erti kepada aku berkumandang aku berusaha menyiapkan tugasan yang ada. Biasalah, bila mahu mendekati penghujung sem memang akan ada lambakan tugasan yang diberi oleh pensyarah yang baik hati. Tak perlu minta memang akan dapat punya. Aku pun takkan bodoh suka-suka minta tugasan daripada pensyarah.

Namun, walau terbeban macam mana sekali pun tugasan mesti di hantar tepat pada waktunya. Tertekan itu pasti tapi aku memilih untuk tidak merasa tertekan dan Alhamdulillah, aku berjaya mengatasi perasaan itu.

Sebenarnya aku tengah memotivasi diri aku sendiri. Aku merasa sedikit tertekan sebab tak dapat fikir macam mana nak buat assignment ni dan aku pula malas nak turun pergi bilik budak kelas aku yang kat blok sebelah. Maka jalan penyelesaiannya? 

Aku pilih untuk merasa tidak tertekan.

Tidur.

December 4, 2011

Kadang-Kadang Aku Begini.


Okay tak perlulah aku nak mulakan dengan ayat tipikal, nak tiup-tiup habuk konon dalam blog sebab dah lama tak update. Yang patut aku tiup keyboard ni haaa, tak pernah nak dibersihkan dan kalau rosak beli baru terus. Senang. Habis cerita. Itu pun kalau ada duitlah kan.

Kenapa lama agaknya aku tak update? Bukan sebab malas tapi ya, yang ini memang alasan tipikal. Aku sangat sibuk. Sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian yang tak pernah buat aku bosan kat sini. Setiap minggu ada saja aktiviti untuk memenuhi masa terluang. Kalau takde benda nak buat masa hari minggu, aku akan jadi sangat bosan dan hari yang berlalu sangat tidak produktif.

Tak semestinya hidup aku kat sini seronok sentiasa. Aku baru sahaja mengalami fasa kejatuhan perasaan yang tidak berapa melampau tapi agak menekan aku. Namun, dengan bantuan kawan-kawan aku masih berfikiran positf. Setakat ni juga tiada lagi niat nak terjun dari aras 3 asrama atau lot letak kereta aras bumbung di KB Mall. Ya, kawan-kawan atau pendengar setia sangat penting dan sebagai balasan untuk mereka, hari-hari mereka terpaksa mendengar aku berdebat. Kejam bukan? Takdelah, hari-hari aku akan mencari masa terluang untuk bersama mereka. Walaupun bukan keluar makan bersama namun makan makanan ringan di bilik mereka sambil bercerita sudah mencukupi untuk aku meluahkan perasaan apabila bertemu mereka.

Terima kasih kamu, kamu dan kamu juga. 3 perkataan kamu yang berulang bukan bermakna untuk 3 orang sahaja okay. Kamu itu untuk semua orang yang telah banyak membantu aku.

Sedar atau tidak bulan ni dah Disember, penghujung tahun 2011. Cepat betul masa berlalu kan? Aku akan menjadi lebih dewasa tapi matang belum tentu lagi.

Ohhhh dan aku belajar lagi benda yang sama. Jangan mudah puji, percaya dan meletakkan harapan kepada seseorang. Entah ini kali ke berapa aku sudah terkena. Mungkinkah aku sebenarnya memang mudah di pijak? Baiklah, seseorang tolong ajar aku bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada keadaan ini.

Aku penat layan karenah manusia. Mungkin aku perlu jadi seorang yang tidak berperasaan dan tidak ambil peduli supaya aku tidak mudah terasa dengan mereka. Kalau itu yang terbaik apa salahnya kan?

September 29, 2011

Sejarah Telefon Bimbit Saya.

Ohhhh lupa nak cakap plak. Handphone aku rosak. Betul tak tipu. Ya aku tahu aku baru je tukar handphone baru sem lepas tp nampaknya jodoh aku dengan handphone merah itu tak panjang. Sekarang sedang berfikir dengan mendalam nak pakai handphone apa pula memandangkan aku ni agak kasar orangnya maka agak tidak sesuai membeli handphone yang mahal.

Kalau beli handphone baru bermakna ianya adalah handphone aku yang ke-6. Aku mula pakai handphone masa tingkatan 4. Heyyyyyyy perlu ke cerita??

Nak jugak cerita. Dulu pernah pakai handphone ni :


Waaaaaa sape tak pernah pakai handphone ni bapak kaya lah korang kannn. Ada handphone ni pon aku dah bersyukur dah dulu.


Kemudian pakai handphone Nokia 3200. Itu pun ayah minta tukar dengan Nokia 3310 sebab ayah tak reti guna handphone canggih sikit. Sayang gilerrrrrrr handphone kat atas. Ada banyak kenangan dengan ehem ehem sebab banyak mesej dgn dia sampailah handphone ni hilang tertinggal dalam toilet kat The Curve masa kerja lepas SPM dulu. Tak nak bagi ayah tahu maka aku beli handphone ni balik sampailah aku tukar handphone yang lain. Handphone ni aku bg kat Cepek sbb dia takde handphone tp sekarang dia pun pakai handphone canggih drpd aku. Handphone ni dia kata tak tahu dia letak kat mana T_T


Haaaaaa lepas tu tukar beli handphone Sony Ericsson C902 masa dapat gaji bulan Februari 2009 kerja Starbucks dulu. Suka handphone ni sbb tengok James Bond pakai dalam Casino Royale kalau tak silap. Dalam filem tu punyalah canggih handphone ni sampai boleh tangkap muka orang jauh giler tapi cessssss tipu je sebenarnya. Handphone ni hilang kat library masa sem lepas. Aku pun tak tahu macam mana boleh hilang. Haishhhhh.


Di sebabkan handphone SE C902 aku hilang, 3 hari lepas tu aku beli Sony Ericsson J108i warna merah ni dengan keadaan bajet yang terhad. Handphone ni sangat simple. Takde wifi pon. Kamera pon 2MP je tp aku suke giler handphone ni sebab kamera dia cantik then keypad pun sedap taip mesej. Mula-mula beli tak suka sangat sebab teringat handphone lama tapi bila dah lama guna rasa sangat best. Handphone ni pun tahan lasak juga tapi rosak juga akhirnya sebab aku bawa dalam poket masa snorkeling kat Pulau Perhentian minggu lepas. Tu laaaa exited sangat nak terjun laut sampai lupa nak keluarkan handphone dalam poket seluar. Habis snorkeling Nadya tegur apa "petak" kat dalam poket aku T_T

Jadi sekarang aku tengah berkira-kira nak beli handphone apa terbaik untuk aku dan harga takdelah melampau sangat memandangkan aku ni kan student so seharusnya berlagaklah macam student yang hanya mengharapkan ihsan duit mak dan ayah. Tak pun pakai jelaaa handphone Nokia ada warna ber"torchlight" milik Fazilla ni, buat harta terus. 

Heheheheheeee~ 

Janji.

Malam ni akan pulang ke Kota Damansara atas alasan yang sangat kukuh, ingin menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik aku.

Tak sangka, dalam kesibukan dia membuat persediaan untuk menyambut hari bahagia dia, dia masih ingat dgn janji aku kat dia. Aku janji dgn dia yang aku nak cuti seminggu sebelum dia kahwin nanti. Aku cakap macam tu sbb seminggu sebelumnya aku ke Pulau Perhentian dgn sahabat-sahabat yang lain (yang ini akan ada entri khas yang lain pula) maka aku berniat mahu pulang ke KD dengan mereka terus namun terpaksa membatalkan hasrat aku memandangkan terpaksa ponteng kelas dgn banyaknya. Tak sampai hati la plak.

Aku tak sabar nak balik, berjumpa dgn dia dan meraikan hari bahagia dia bersama. Bagaimana agaknya perasaan dia menanti hari untuk disatukan dgn bakal suaminya? Rasa sedih juga sebab tak dapat nak kongsi perasaan tu dgn dia. Kawan jenis apa aku ni?

Maaf kawan. Aku akan pastikan aku duduk sebelah kau di hari pernikahan kau esok hari. InsyaALLAH.