Okay tak perlulah aku nak mulakan dengan ayat tipikal, nak tiup-tiup habuk konon dalam blog sebab dah lama tak update. Yang patut aku tiup keyboard ni haaa, tak pernah nak dibersihkan dan kalau rosak beli baru terus. Senang. Habis cerita. Itu pun kalau ada duitlah kan.
Kenapa lama agaknya aku tak update? Bukan sebab malas tapi ya, yang ini memang alasan tipikal. Aku sangat sibuk. Sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian yang tak pernah buat aku bosan kat sini. Setiap minggu ada saja aktiviti untuk memenuhi masa terluang. Kalau takde benda nak buat masa hari minggu, aku akan jadi sangat bosan dan hari yang berlalu sangat tidak produktif.
Tak semestinya hidup aku kat sini seronok sentiasa. Aku baru sahaja mengalami fasa kejatuhan perasaan yang tidak berapa melampau tapi agak menekan aku. Namun, dengan bantuan kawan-kawan aku masih berfikiran positf. Setakat ni juga tiada lagi niat nak terjun dari aras 3 asrama atau lot letak kereta aras bumbung di KB Mall. Ya, kawan-kawan atau pendengar setia sangat penting dan sebagai balasan untuk mereka, hari-hari mereka terpaksa mendengar aku berdebat. Kejam bukan? Takdelah, hari-hari aku akan mencari masa terluang untuk bersama mereka. Walaupun bukan keluar makan bersama namun makan makanan ringan di bilik mereka sambil bercerita sudah mencukupi untuk aku meluahkan perasaan apabila bertemu mereka.
Terima kasih kamu, kamu dan kamu juga. 3 perkataan kamu yang berulang bukan bermakna untuk 3 orang sahaja okay. Kamu itu untuk semua orang yang telah banyak membantu aku.
Sedar atau tidak bulan ni dah Disember, penghujung tahun 2011. Cepat betul masa berlalu kan? Aku akan menjadi lebih dewasa tapi matang belum tentu lagi.
Ohhhh dan aku belajar lagi benda yang sama. Jangan mudah puji, percaya dan meletakkan harapan kepada seseorang. Entah ini kali ke berapa aku sudah terkena. Mungkinkah aku sebenarnya memang mudah di pijak? Baiklah, seseorang tolong ajar aku bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada keadaan ini.
Aku penat layan karenah manusia. Mungkin aku perlu jadi seorang yang tidak berperasaan dan tidak ambil peduli supaya aku tidak mudah terasa dengan mereka. Kalau itu yang terbaik apa salahnya kan?

No comments:
Post a Comment