March 7, 2012

Dengar Dahulu Kemudian?


Sem lepas masa dinner kelas, berlaku salah faham antara aku dengan classmate aku yang berbangsa Cina. Aku menegur classmate aku sebab dia berpakaian agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk dinner kami malam tu. Tak sangka dengan teguran aku tu, dia terasa dan akhirnya terus pulang ke asrama. Betapa kejamnya ayat yang aku bagi kat dia sampai dia boleh terus balik asrama tapi aku tak ambil inisiatif untuk pujuk dia balik pun. Yang pujuk dia untuk datang balik ke dinner tu adalah Naim dan Miss Liana.

Aku buat apa? Hanya minta maaf kat dia itu pun lepas dinner tamat.

Tapi perselisihan faham tu tak-lah di teruskan selepas tamatnya dinner tu. Habis kat situ je tapi yang pastinya perkara tu menjadi antara titik hitam untuk aku dan classmate Cina aku tu sebab sebelumnya kami tak pernah ada sebarang masalah pun.

Tiba-tiba dalam kelas 2 hari lepas, Miss Liana tanya beberapa orang dalam kelas, pandangan mereka terhadap classmates yang di pilih oleh Miss Liana. Saat Miss pilih Lai, okay nama budak Cina tu Lai. Aku baru nak letak nama sekarang. Okay saat Miss tanya Lai apa pandangan dia tentang aku, aku memang terkejut sebab aku dah fikir dah,

"Habislah aku, malulah aku. Lai mesti cerita kes hari tu. Ohhh crap baby!!"

Haaaaaa sampai keluar ayat omputeh maknanya aku memang cuak giler laa. Tapi tapi tapi kan, tanpa sangat disangka-sangka Lai cerita benda lain dan takde kaitan pun dengan dinner sem lepas. Dia cerita, dia kagum tengok aku dalam video yang dipertontonkan kepada audiences dalam dewan semasa Seminar Pelancongan sem lepas. Dalam video tu aku jadi ala-ala tour guide masa trip ke Selatan Thailand. Dia suka tengok aku dalam video tu dan aku ada ciri-ciri untuk menjadi tour guide yang baik. Dia katalah. Bukan aku kata.

Kemudian? Aku terdiam sejenak dan berfikir. Betapa jauhnya antara perkara yang aku ingat Lai nak cakap dengan apa yang dia cakap sebenarnya. Aku fikir negatif tapi Lai cerita sebaliknya. Serius aku terharu. Terharu giler sedangkan satu kelas tahu kejadian masa dinner tu.

Lepas kejadian tu aku seboleh-bolehnya nak elakkan berfikir buruk pasal orang lain. Bukanlah aku ni selalu fikir buruk pasal orang lain tapi normal-lah kan ada juga terfikir yang tak sepatutnya terhadap orang lain tapi  ini adalah kejadian yang betul-betul buat aku berfikir secara mendalam.

Aku akan berusaha. Sejahat mana pun orang tu dengan aku tapi aku akan cuba fikir yang baik-baik je pasal dia. Masalahnya sekarang, mampu ke tak? Mampu ke tak? Mampu ke tak? Mampu ke takkkkkkkk?

Haaaaaa jangan fikir apa-apa. Buat je. Mampu tak mampu belakang kira.

No comments:

Post a Comment