Kini adalah saat kritikal. Tarikh untuk hantar thesis semakin hampir. Aku tak tahu apa yang aku buat sepanjang 2,3 minggu sebelum ni padahal aku rasa macam banyak je masa yang boleh aku gunakan untuk buat thesis ni.
Telah aku ambil keputusan (mungkin di saat ini) untuk tidak memilih antara mahu pulang ke KD atau ke UTM Skudai bagi menyertai Pertandingan Debat Gender 2012. Sekali lagi, aku terlepas peluang keemasan untuk beraksi mewakili UMK. Pastilah sedih. Aku belum pernah lagi pergi pertandingan debat bertemakan "Gender" dan sepatutnya inilah peluang aku tapi ahhhhhhhh tak perlulah nak cakap pasal semua ni lagi.
Perkara kedua adalah berkaitan dengan perihal aku mahu pulang ke KD. Esok Fazilla akan bertunang. Satu acara yang besar dan aku tahu semua kesayangan aku akan berkumpul masa tu dan aku?
Aku pula di sini. Berusaha gigih menyiapkan thesis ini. *Menangis bawah katil*
Hidup ini kejam ke? Tidak. ALLAH tidak pernah kejam dengan hamba-NYA. Aku yang bertindak kejam dengan diri aku sendiri. Punya masa tapi di biarkan berlalu begitu sahaja. Kenapa baru nak menyesal? Jangan. Dah tak berguna lagi.
Apa khabar hati pula? Alhamdulillah. Tenang saja biar pun kadang-kadang sakit. Kalau sakit tidak mengapa kerana aku percaya dosa aku gugur sedikit demi sedikit jika itu yang terbaik.
Sebenarnya aku tengah risau pasal tempat praktikal aku ni. Sudah 3 minggu aku tunggu pengesahan untuk penempatan tempat praktikal. Ya, aku hanya apply satu tempat je kat Tourism Selangor, Shah Alam dan aku betul-betul mahukan tempat tu. Aku mahu belajar banyak perkara dari situ namun buat masa ini masih tiada khabar gembira. Dah dua kali jugak aku telefon untuk mendapatkan kepastian namun jawapannya tidak menggembirakan. Kalau tak nak ambil, aku kira lebih baik dia cakap tak nak terus maka takdelah aku menanti dan mengharap seperti ini kan? Benda mudah. Kenapa nak susahkan? Tak fahamlah.
Apa lagi boleh aku buat? Sabar je laaaa. Sabar itu pasti ada balasan-NYA.
Ya, aku percaya dengan kuasa luar biasa sifat sabar itu.
Maka hati, bertenanglah dan berdoa. Itu penting.


No comments:
Post a Comment