Aku jumpa satu definisi redha yang mampu buat aku berfikir lama dan terkenang-kenang sepanjang aku berada dalam kampus sebentar tadi.
"Redha itu bukan sekadar menerima seadanya tetapi ia adalah rasa bersyukur terhadap apa jua yang diterimanya. Ia merupakan satu perasaan baik sangka kepada ALLAH SWT. Oleh itu, setiap hasil yang diterima perlu disyukuri biar pun ia tidak bersesuaian dengan keinginan kita dan terimalah dengan hati yang terbuka serta gembira kerana ALLAH SWT sangat mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ramai yang mengatakan mereka redha dengan hasil yang mereka terima tetapi jauh di sudut hati sebenarnya mereka tidak gembira dengan apa yang mereka peroleh..."
Bukan mudah untuk redha. Mulut mungkin kata redha tapi hati? Untuk redha dengan suatu perkara yang menimpa kita memang ambil masa. Pahit untuk telan kenyataan tapi ia hakikat.
Buat hati-hati di luar sana yang sedang di landa badai, semoga anda kuat, tabah dan sabar dengan dugaan yang datang.
Kerana, aku pun sedang mengajar hati untuk jadi kuat seperti anda.

No comments:
Post a Comment