December 13, 2012

Seketika.


Tarikh ini. 13/12/2012.

Hari ini tarikh hantar draf thesis setelah berhari-hari bersengkang mata membuatnya. Saat ini, aku tak cukup tidur. Berbekalkan keadaan waktu tidur yang tidak menentu dan tadi hanya sempat tidur sejam sahaja, aku perlu gagah kerana selepas ini aku akan bergegas ke UiTM Dungun, Terengganu untuk Pertandingan Debat Pantai Timur. Eh aku bukan peserta tapi hanya jadi juri.

Ya, inilah masanya. Masa untuk meredakan seketika tekanan setelah berbulan-bulan tidak melakukan senaman otak. Biar pun sekadar menjadi juri namun aku rasa itu pun dah cukup baik buat sementara waktu ini. Benda yang kita minat walaupun kesuntukan waktu tapi aku rasa gembira sebab ada peluang dapat pergi sana.

Juga akan berjumpa dengan Arieff dan Najmi, teman sepasukan dalam dunia debat. Ohhhh aku memang sangat perlukan mereka dalam keadaan sekarang ini. ALLAH dengar doa aku agar diberikan kekuatan maka ALLAH menghantar mereka pada waktu yang tepat dan peluang ini aku tak patut lepaskan. Sudah agak lama aku tak berjumpa dengan mereka. Aku boleh lupakan seketika masalah yang membelenggu jiwa.

Aku mahu lari daripada masalah buat sementara waktu. Bukan masalah berkaitan kesibukan aku sebagai pelajar tahun akhir saja tapi masalah sesak hati juga. Sakit. Sakit tahan rindu dan terlalu berfikir tentang banyak perkara seorang diri. Pernah cuba untuk berlagak tenang tapi aku sedar bahawa aku sedang menipu diri aku sendiri. Jadi kini, aku perlukan sedikit ruang waktu untuk kesegaran minda sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Eceh konon.

Semoga dipermudahkan urusan hari ini.

Aaminnnnnn.

No comments:

Post a Comment