Saat duduk bersembang dan bergurau dengan teman sekelas tadi, aku sangat gembira kerana keadaan seakan-akan kembali seperti sedia kala. Semester lepas merupakan semester yang kritikal buat kami sementelah banyak konflik yang berlaku antara teman sekelas sesama sendiri.
Ada antara kami yang semakin renggang namun tadi aku gembira. Jujur, aku sangat gembira. Aku kira tadi adalah permulaan yang baik untuk kami semester ini. Aku tahu, teman sekelas aku adalah antara mereka yang sangat prihatin dan mengambil berat. Walaupun kami berdepan dengan konflik-konflik sehingga membuatkan keadaan persahabatan kami berubah sedikit tapi apabila melihat Dol yang sakit, semua berkumpul dan turut bersimpati dengan nasib Dol. Masing-masing seakan lupa persengketaan yang pernah berlaku.
Itulah keadaan kelas aku yang sebenarnya. Tidak hipokrit. Semoga keadaan ini terus kekal sehingga ke penghujung pengajian kami di UMK.
Aku sayang teman sekelas aku. Juga, teman seperjuangan dalam perdebatan.

No comments:
Post a Comment