June 10, 2010

Tiada Lagu Kita Aku Dendangkan.

Aktiviti hari ini aku mulakan pada pukul 6.30 petang. Aku, Hanis, Bashi, Hafiz Roslan dan Alip Akmal bergerak menuju ke Kampung Pandan utk menikmati Chicken Chop yg telah lama di perkatakan dgn hebatnya oleh Hafiz bahawa Chicken Chop di situ serendah RM6.50 sahaja.

Maka perjalanan menempuhi jalan KL dgn rintik-rintik hujan yg mengakibatkan jalan agak sesak kami teruskan dgn tabah memandangkan memang dah lama teringin nak makan Chicken Chop Kampung Pandan itu. Akhirnya kami tiba di situ dgn jayanya dan menikmati makanan2 Barat ala-ala berada di London tetapi bercirikan latar kampung di Malaysia.

Selepas kenyang kami bertolak balik dan lebih kurang pukul 10 mlm kami tiba di Kota Damansara kembali. Hanis dan Alip Akmal mengambil keputusan utk pulang ke rumah manakala aku, Bashi dan Hafiz menyambung aktiviti dgn melepak di RFM. Setelah agak kebosanan maka rakan2 yg lain mengajak utk berkaraoke berhampiran dgn mamak Subaidah tetapi Hafiz meminta utk di hantar pulang ke rumah keluarganya. Maka aku pun menuruti permintaan beliau tanpa sebarang bantahan.

Kami semua terpaksa memilih 2 bilik utk berkaraoke memandangkan jumlah kami yg agak ramai ketika itu. Aku memilih utk bersama dgn Hasan, Azmi dan Syafiq manakala selebihnya di bilik yg berlainan. Kami tidak melakukan lebih drpd itu. Sekadar berkaraoke saja ye pembaca sekalian. Aku memilih utk mendendangkan ;

*Janji Manismu - Aishah,
*Cinta 100% - Mas Idayu,
*Hanya Segenggam Setia - Rahmat.

Syafiq telah memilih lagu Baldu Biru - Ella & Awie utk berduet dgn aku. Hasan pula memilih lagu Doa Buat Kekasih - Khaty Ibrahim & Ramli Sarip sebagai lagu duet kami berdua dan akhirnya aku memilih Hasan sbg pasangan sejiwa aku. Ohhhh ok gedik tiba-tiba.

Hari Sabtu dan Ahad ini bakal di penuhi dgn aktiviti yg sgt berfaedah :)

Pelik sebab xboleh nak buka Facebook. Haishhh.

No comments:

Post a Comment