Aku nak update aktiviti aku yg 4 hari lepas.
Pada hari Jumaat yg lepas aku dan rakan-rakan, Hanis, Bashi, Eddy dan Hafiz Roslan telah menimba satu pengalaman yg tidak mungkin di lupakan seumur hidup kami. Pengalaman menonton wayang dgn hanya 5 org di dalam panggung semasa tayangan filem KAPOWW ; ATOI THE AJAIB BOY adalah sesuatu yg sukar utk di jumpai. Seperti orang batak, kami menjerit-jerit kerana terkejut dgn keadaan panggung yg kosong. Walau bagaimana pun filem tersebut agak best dan kami ter-KAPOWW dgn filem tersebut mengenangkan lawak Zizan yg best itu.
Habis tayangan, kami pun pergilah menikmati hidangan makan malam setelah merasakan perut kami agak lapar.
Pada malam Sabtu pula, aku dgn perasaan yg berkobar-kobar bersama dgn Fazilla, Syafiqah, Shiro, Hafiz Roslan, Eddy dan Syazwani (adik Syafiqah) menuju ke ICT, Shah Alam utk melihat kecantikan lampu-lampu malam di sana. Aku sangat mengakui yg aku sangatlah batak dgn lampu-lampu kat sana. Sampai aku kena marah dgn guard sbb pegang lampu pokok kaktus yg xboleh di pegang itu.
Selepas itu kami menuju ke Restoran Aimar utk menikmati Char Kuew Tiaw. Sebelum sampai ke rumah aku memenuhi permintaan Hafiz yg ingin melihat kampus UiTM Puncak Perdana dan permintaan Eddy yg ingin melihat bakal tempat praktikalnya nnt.
Malam itu aku tidur dgn bau udang Char Kuew Tiaw yg masih melekat di tangan.
********
Tamat bahagian 1.
No comments:
Post a Comment