
Semalam adalah hari terakhir aku bekerja. Patutnya hari Ahad last tp kakak tu suruh aku dtg tolong kemas stok. Memandangkan stok mmglah sgt banyak aku bersama 2 org lagi bersetuju nak tolong.
Tapi aku tolong sampai pukul 7 PM je sbb aku dah janji dgn Fattah nak keluar pergi makan steamboat dkt Sunway dgn dye. Fattah dtg jemput aku pukul 8.45 PM dan apabila kami sampai kat sana semua kawan-kawan dye dah ada. Nasib baik bukan aku saja perempuan memandangkan ada antara rakannya yg bawa girlfriend mereka juga. Agak segan juga berada dalam kelompok mereka yg tidak di kenali.
Aku sampai rumah kira-kira 11.30 PM. Sambil berehat-rehat seketika menunggu pukul 2.00 AM sebab mahu ke RFM menonton perlawanan antara Brazil menentang Chile, aku terlelap. Hal ini menyebabkan aku terlepas perlawanan tersebut.
Maka malam ini aku mahu bertahan utk menonton perlawanan antara Spain menentang Portugal. Aku tak tahu siapa yg akan meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir kerana kedua-duanya adalah pasukan yg kuat.
Aku tidak menyokong mana-mana pasukan kerana aku menyokong ARGENTINA.
No comments:
Post a Comment