June 11, 2010

Banyak Kali Aku Dengar Ayat....

Hari-hari update psl aktiviti aku. Bajet mcm blog aku ada 3000++ followers dan semua orang ternanti2 apa aku nak update. Ohhhhh tidak tidak. Aku update pon atas kepuasan diri sendiri. Sesiapa yg baca ni korang memang bertuah gile ahhh. Jadi berterima kasihlah kpd diri korang sendiri sbb sudi membaca blog aku yg hina ini.

Aktiviti hari ini aku mulakan pada pukul 5 ptg plak. Dengan menaiki motosikal yg tidak berapa tinggi kuasanya, aku menuju ke Cineleisure utk menonton Killers, berseorangan. Ohhhhh cerita tu mmg terbaiklah. Mcm yg pernah aku tulis, Ashton Kutcher mmg kacak. Perghhhh, air liur aku xbrape nak meleleh sbb teringat cerita abg aku berkenaan kekacakan yg ada pd manusia kat dunia ni.

Hari hampir Maghrib, maka aku terus pulang ke rumah. Malamnya, aku ikut family aku pergi makan malam dekat Paya Jaras sbb abg aku yg no 3 tu nak belanja makan. Western food di pilih dan hari ini adalah kali kedua berturut-turut aku mkn western food. Alhamdulillah rezeki. Jarang sekali utk kami keluar makan beramai-ramai mcm ni memandangkan aku, adik aku (Ashikin) dan abg aku yg no 2 tiada di rumah krn masing-masing terikat dgn kehidupan sendiri. Ini pun abg aku yg no 2 tiada krn dia menetap di Nilai kerana bekerja dkt Putrajaya.

********






********

Selepas pulang ke rumah dlm pukul 11.20 malam, aku bergegas ke RFM utk memberi pinjam external aku kpd adik Hafiz Petai spt yg telah di janjikan. Lepak2 sambil tgk mereka main kad terup sehinggalah pukul 12.30 mlm mereka nak pergi karaoke plak. Malangnya, pusat karaoke Suara Kita hampir tutup dan bergegas pula ke Cineleisure utk berkaraoke. Malang turut menimpa kami semua kerana di situ pun hampir tutup juga.

Akhirnya, kami mengambil keputusan melepak di McD KD. Aku hanya melihat mereka bermain kad terup sambil membincangkan beberapa isu dan rancangan yg telah lama di fikirkan. Sepanjang mereka bermain kad tu, dr RFM dan sebelum-sebelumnya ayat yg mereka sering sebut ialah ;

"Haaaa jalanlah.."

"Haaaa tunggu apa lagi, keluarlah kad ko..."

"Haaaa main kad mcm tak pergi sekolah kan??"

"Haaaa berlagak lg ko paling pandai mainlah kan??"

Hampir mengantuk maka pukul 2.30 pg barulah kami pulang ke rumah. Dan aku pasti hari esok bakal di penuhi dgn aktiviti baru kami iaitu menonton Piala Dunia 2010 dkt RFM. Aku masih belum memilih pasukan mana lagi utk menjadi juara tahun ini. Haaaaaa bajet mcm aku paling pandai tengok bola la kan?? Aku berlakon je tu.

2 comments:

  1. best makan ramai2 kan?
    seronok weih
    bagi aku itulah antara moment paling berharga dalam hidup

    ReplyDelete