Kini adalah masa untuk berpisah.
Dah cuba. Aku dah cuba jadi kuat. Senyum dan ketawa depan semua orang tapi aku tahu, susah nak tipu perasaan sendiri. Susah juga nak tipu orang sekeliling terutamanya kawan baik sendiri, yang tahu baca perasaan aku walau hanya sekali pandang.
Sedih dan sayu. Kawan pagi petang malam, setiap hari jumpa, setiap masa bergurau senda tak mungkin boleh lupa. Aku bukan jenis manusia yang mudah lupa kenangan tambahan lagi dengan mereka yang memang rapat dengan aku. Mereka akan pindah ke kampus baru di Jeli selepas tamat semester 4 ni. Hanya budak-budak FASA sahaja. Budak-budak FKP, FTKW dan Vet akan tetap di kampus lama, meneruskan perjuangan di sini.
Semester 4 sangat lain dari yang lain. Aku ada ramai kawan baru. Mereka yang tidak pernah terlintas akan jadi kawan aku dan sebenarnya tak pernah nampak pun masa mula-mula belajar kat sini. Semester ini aku betul-betul belajar mengenali mereka dan menghargai setiap saat bersama.
Tamat saja semester 4 ni bermakna segala rutin aku bersama mereka akan tamat juga.
Tiada lagi keluar makan untuk tengahari dan malam dengan mereka. Tiada lagi aktiviti lepak merata mahupun di kafe dengan mereka. Tiada lagi duduk di library bersama baca surat khabar sambil tengok TV. Tiada lagi ke Agropark tengok ikan, arnab, burung untuk bagi makan. Tiada lagi bermain badminton bersama pada petang hari dengan mereka. Tiada lagi aktiviti bersama ke PT cari barangan keperluan bersama mereka. Tiada lagi ke pasar setiap petang Sabtu cari makanan. Tiada lagi stay up study sampai 3 pagi, tunggu masa kejut Musz bangun study. Tiada lagi mesej daripada Arieff minta pinjam earphone nak guna untuk study kat library.
Tiada lagi semua tu bersama mereka. Tak mungkin ada.
Memang nampak kecil tapi aku sangat menghargai saat-saat bersama mereka. Pasti menjadi antara memori terindah belajar di sini.
Terima kasih Gopi dan Saidah. Kita sedang mengalami perasaan yang sama. Terima kasih sebab sudi kongsi perasaan itu dengan aku. Bukan mudah untuk aku lalui semua ni. Aku ingatkan aku dah bersedia tapi bila masanya datang tiba-tiba aku jadi lemah, perasaan aku tambah sayu dan sebak bila tengok mereka.
Aku tak cukup kuat sebenarnya. Bilakah perasaan ini akan hilang?

No comments:
Post a Comment