April 26, 2011

Kerana Ilmu, Kita Terpisah.

Ramai yang dah balik. Tinggal aku dan beberapa orang lagi rakan sekelas di sini, menunggu hari ke Pulau Perhentian untuk percutian 3 hari 2 malam kami di sana esok, 27hb.

Semalam, 25/4/2011 aku, Zee, Musz dan Arieff meluangkan masa bersama, menghabiskan sisa-sisa hari terakhir ke Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Pantai Sri Tujuh dan destinasi terakhir, KB Mall untuk bermain boling. Sampai saja kat UMK, bungkus makanan dan makan kat court futsal untuk dinner terakhir kami bersama. Haihhhh.

Indahnya sebuah pertemuan, sakitnya sebuah perpisahan. Lepas ni mungkin kami agak sukar untuk bertemu, berkumpul dan berkongsi cerita bersama. Semoga ALLAH mempertemukan kami dan mengekalkan jalinan persahabatan ini. Amin.

Untuk Musz dan Arieff, jumpa lagi nanti masa Kem Fasilitator 3M bulan Julai.

Untuk Zee, walaupun kita baru saja rapat jadi kawan tapi rasa macam dah lama kita kawan.

Terima kasih semua. Terima kasih untuk semua kenangan indah itu. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku.
















From PC With Love,
Bad.

No comments:

Post a Comment