Sudah seminggu berlalu tapi selesema yang bertandang ni tak mahu juga berlalu pergi. Mungkin dia suka duduk dalam hidung tuan punya badan memandangkan tuan punya badan pun satu, tak reti nak berpantang. Tahan dua hari je lepas tu hari-hari minum ais sebab tak tahan tengok Milo ais dan air-air yang menggiurkan bila pergi makan. Makan ubat pun bila mahu saja.
********
Mentang-mentanglah ada gap 6 hari jadi aku ambil keputusan nak rehat lepas dah penat berhempas-pulas dengan 3 paper yang salah satunya agak kritikal untuk dijawab. Heyyyyy tahu tak ada 3 paper lagi yang dua daripadanya lagi kritikal daripada yang sebelumnya, Law in Business dan IT in Business tapi sajalah kan buat-buat tak faham, lengah-lengah study padahal hari-hari tunjuk muka kat library. Ke tunjuk muka kat library tu ada sebab? Ohhhh sebab nak baca paper je, mengikuti perkembangan semasa terutamanya paper hari Ahad sampai kena perli dengan abang librarian tu, macam faham-faham je abang tu aku nak baca paper hiburan je. Yang lain tu sekadar cukup syarat. Cissssss.
Tak pun pergi library sebab nak online, dapat line laju. Nampak sangatlah pandainya. Pergi library tapi tak study. Tengok orang lain study tapi diri sendiri tak mahu study. Baik duduk kat dalam bilik, tidur. Lagi bagus. Eyhhh tak boleh, nanti Naim bising tengok aku tak study. Sebab tu aku kena jugak pergi library. Ke ada sebab lain lagi? HAHAHAHA.
Tapi gap paper tinggal 4 hari je lagi. Cepatlah bangkit Badariah, paksa diri awak study! Semoga hari esok aku boleh bangkit dengan penuh bersemangatttttt. Amin. Kurang 2 minggu saja lagi untuk tamatkan sem ni. Sedih plak tiba-tiba. Urmmmmm.
********
Barang-barang untuk simpan dalam stor tak kemas lagi. Mati aku weyh. Stor hanya dibuka sampai 20 April tapi paper aku habis 24 April. Selagi tak habis paper aku takkan kemas barang kebiasaannya. Kotak untuk simpan barang pun tak cari lagi. Kenapa sem ni aku sangat pemalas? Ke memang aku ni pemalas? Ke aku sebenarnya rajin tapi sengaja malas? Kekekekeke kenapa ni haaaaa? Ok tiba-tiba pening kepala fikir semua ni. Tiba-tiba rasa tak sabar nak habiskan sem ni. Nak jerit kuat-kuat depan laut nanti.
********
********
Nak jalan-jalan lagi sampai tak ingat ada exam. Jalan-jalan sampai tak peduli dengan exam. Sabar, sikit je lagi nak habis kan? Nanti boley jalan-jalan lepak-lepak lagi macam ni, naik motor malam-malam berembun sampai kena selesema yang tak sembuh-sembuh ni. Heeeeee :)
Okayyyy kepala dah pening makan ubat berdos tinggi dengan harapan menggunung selesema dan batuk akan sembuh. Semoga suara sengau aku ibarat Tomok ni akan kembali normal. Masa untuk tidur dan berdoa semoga hari-hari mendatang aku dibekalkan dengan kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi hari perpisahan dengan mereka nanti, Musz, Arieff dan Zee.
Amin.
Okayyyy kepala dah pening makan ubat berdos tinggi dengan harapan menggunung selesema dan batuk akan sembuh. Semoga suara sengau aku ibarat Tomok ni akan kembali normal. Masa untuk tidur dan berdoa semoga hari-hari mendatang aku dibekalkan dengan kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi hari perpisahan dengan mereka nanti, Musz, Arieff dan Zee.
Amin.
No comments:
Post a Comment