Terima kasih buat kawan-kawan baik di KD dan kawan-kawan di UMK yang sangat memahami perasaan aku. Yang tak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat untuk aku terus kuat berhadapan dengan hari-hari mendatang.
Ya, mereka sentiasa ada untuk aku. Mereka akan gembira kalau aku gembira dan kini bila aku sedih, mereka tetap sedih untuk aku.
Detik perpisahan ini sememangnya sukar. Bukan untuk aku saja sebenarnya. Kebanyakan teman-teman sekelas aku juga terpaksa berpisah dengan teman sebilik mereka. Teman sebilik bersama selama 2 tahun dan kerana tuntutan ilmu, mereka terpisah.
Sememangnya, semua mahasiswa UMK sedang menangisi saat-saat perpisahan ini. Status-status di FB dan tulisan-tulisan dalam blog menunjukkan betapa perpisahan ini adalah sesuatu yang berat buat kami.
Yang berkasih, terpaksa berpisah dengan kekasihnya.
Yang bersahabat baik, terpaksa berpisah dengan rakan baik mereka.
Yang jejaka selalu tidur lambat, kehilangan teman-teman bermain Dota mereka.
Yang selalu beriadah petang-petang, kehilangan teman-teman futsal, bola jaring, bola tampar dan lain-lain lagi.
Yang selalu beriadah petang-petang, kehilangan teman-teman futsal, bola jaring, bola tampar dan lain-lain lagi.
Yang berskandal takpe jangan risau, boleh cari skandal baru untuk semester depan nanti.
Cukuplah, aku tak mahu sedih-sedih. Aku mahu jadi kuat. Mahu terus senyum untuk semua orang. Mahu terus menceriakan hari-hari mendatang. Mahu ketawa seolah-olah perpisahan itu tidak memberikan kesedihan untuk aku walaupun perit untuk diterima. Berpisah tak bermakna kami terputus hubungan. Semoga ALLAH sentiasa memelihara kami semua.
Pasti ada hikmahnya kenapa ALLAH pisahkan kami. Aku redha :)

No comments:
Post a Comment