April 30, 2011

Mari Bergembira.

Okay, dah penat dengan entri sedih apa kata kali ni aku cerita pasal yang seronok pula. Seronok kerrrrrr?? Bagi aku seronok okayyyyyy. Blog aku suka hati aku laaaa. Bak kata Encik Arieff. HAHAHAHA.

Selepas penat berhempas pulas dengan final exam yang dijawab penuh keyakinan kononnya boleh dapat dekan tapi kemungkinan tinggal harapan je la kan sebab tak pulun study, aku, Naim, Cma, Ainun, Saidah, Riena, Ayad dan Pian ke Pulau Perhentian, Terengganu untuk bercuti. Bercuti dengan harapan dapat jerit tengah-tengah laut dan melompat-lompat dalam air. Heyyyyy jangan terkejut sebab aku buat semua tu okay. Itulah namanya lepas perasaan.

Serius sangat best. SANGAT SANGAT SANGAT BEST okayyyy. PERTAMA KALI dalam hidup aku dapat mandi kat tengah-tengah laut, dapat tengok batu karang depan-depan mata, dapat bagi ikan makan lepas tu ikan-ikan tu ada kat tepi-tepi kita macam kita ni seorang yang sangat penyayang, dapat tengok penyu timbul. Eeeeeee comel giler penyu tu. Aku terus bagi nama dia Musz. Lepas tu ada ikan yu yang nampak macam nak makan orang tapi penakut sebab asyik lari je terus aku bagi nama dia Arieff. HAHAHAHA.

Bila pergi Pulau Perhentian ni tiba-tiba dapat hobi baru KOT. Nak pergi semua pulau dalam Malaysia ni dulu then kalau ada rezeki pergi yang kat negara orang pula. InsyaALLAH.

Okay cakap banyak tak guna. Biarlah gambar yang ceritakan segalanya :)

********

Hari pertama ;






Hari kedua ;

















Hari ketiga ;


Ini gamat original, hidup lagi.









Hasilnyaaa, rasa sangat berbaloi dengan sejumlah wang yang kita bayar. Kalau ada rezeki lagi insyaALLAH ada beberapa pulau lain dalam fikiran kami untuk di jelajahi. Seperti yang aku pernah cakap dalam entri lepas yang aku nak jerit kuat-kuat bila depan laut tu dah pun aku tunaikan. Aku puas. Biarlah laut dan rakan-rakan yang pergi sahaja tahu apa yang aku luahkan.

Tapak kaki yang terbelah-belah aku dah tak peduli janji kita enjoyyyyy. Muka aku pun dah jadi macam negro tapi negro cantik okay. Macam Tyra Banks. Tetap hotttt. HAHAHAHA.

Semua memori tinggal di sana namun tetap terpahat dalam hati untuk di kenang.

Oh yaaa, cuti semester 4 bulan sangat panjang tapi sudah ada beberapa aktiviti yang wajib aku sertai. Mari cari duit cepattttttt. Nanti nak shopping kat sana senang. Hehehehe.

Eyhhhh tak sabarnya nak jumpa Atiqahhhhhh. Dia balik sini nanti untuk raya. Heeeeee~

:)

No comments:

Post a Comment