April 17, 2011

Dia ILANI.

Sebelum berakhirnya hari ni, 16/4/2011 dan hanya akan bertemu lagi pada tahun hadapan maka entri ini di dedikasikan khas untuk si dia, Nor Ilani Binti Zolkpli sempena hari lahir Ilani yang ke-22 :)

********

Dulu Ilani selalu kena paksa dengan aku, minta teman marathon movie kat GSC or Curve tapi sekarang Ilani dipaksa pula jadi peneman aku bila aku mengada-ngada mengidam nak makan itu ini sebab Ilani sangat memahami aku yang kemaruk nak makan macam-macam bila balik KD. Dan mungkin sebab tu juga Ilani pandai masak supaya nanti kalau aku kemaruk nak makan apa-apa Ilani boleh masakkan untuk aku. HAHAHAHA BERANGAN!

Dan sebab tu laa kalau tiba masa konvoi hari raya, rumah Ilani mesti ada dalam senarai "rumah wajib kunjung". Dapat makan sedap-sedap, Ilani dan kakak-kakak dia masak. Lepas tu duduk rumah dia lama-lama fikir nak pergi rumah mana lepas rumah Ilani padahal masing-masing tak berhenti mengunyah, makan banyak-banyak sampai tak tinggal untuk tetamu lain. Buruk punya perangai.

Maaf makcik. Gurau je kan?kan?kan? U pun kenal i macam mana. Heeeee.

Fazilla berebut nak ambil gambar Ilani yang hottttt.
:)

Selamat hari lahir Ilani.
Semoga kita tetap jadi sahabat.
Semoga persahabatan ini sentiasa di hati,
di bawa hingga ke syurga, rahmat-NYA memayungi.

********

Semoga bila Ilani baca entri ni dia terharu lepas tu terus belanja aku makan kat Kg. Baru, MPH atau Full House pun boleyyyy. Waaaaaa demandnyaaa. HAHAHAHA. Yang pasti Ilani, Hanis, Fazilla, Syafiqah dan kawan-kawan lain akan rasa sangat annoying bila baca entri yang nampak sangat nak mengampu Ilani ni.

Heeeeee rindunyeeee kat korangggg :)

No comments:

Post a Comment