April 10, 2010

Semalam dan Hari Ini Punya Cerita.

Aku mengalami keadaan yg sangat sibuk sejak semalam dan hari ni. Rasa sangat penat tp yg penting aku enjoy dan berjaya melepasi semua keadaan tu dengan gembira dan puas.

Semalam ada Hari Kokurikulum kat UMK. Aku kena bg speech kat dewan sbg bentuk persembahan drpd kelas aku sbb aku amek Pengucapan Awam. So, apa yg korang harap drpd Pengucapan Awam kalau bukan ucapan kan?? Setiap aktiviti Koko yg ada kat UMK kena buat persembahan kecuali yg sukan2 tu xpayahlah. Apa kejadahnya bdk bola tampar nak main bola tampar atas pentas weyhhhh. Aku bersyukur sbb aku boleh bg speech dgn bersemangatnya dan mengawal perasaan gugup aku.

Yg buat aku penat sbb biasalah aku ni Batwoman weyh, xreti nak tidur awal. Dah la tidur lambat lps tu kena bangun awal sbb nak kena pg rehearsal. Rehearsal xtahan plak tu sampai tengahari dr pagi lps tu pukul 2 ptg event start sampailah petangnya pukul 6. Time rehearsal pg tu aku nak derma darah sbb teringin, tengok orang lain derma macam best je. Lps test darah, doktor tu cakap aku xboleh derma sbb darah aku xcukup pekat. Sepatutnya kena 12.5 ke atas darjah kepekatan hemoglobin dlm darah tp aku punya 10.9 je. Aku pon pelik sbb aku tengok ada bdk tu sampai 15 darjah kepekatan darah dye. Hati aku hampa. Lps habis event balik bilik, lepak2 mandi semua then kena pg meeting dgn bdk2 JKK plak sbb esoknya ada Hari Keluarga JKK UMK. Meeting plak sampai kul 2 pagi sbb nak prepare tempat and event semua.

Sepatutnya seawal jam 7 pg dah kena turun tp aku mcm biasalah kul 8 pg baru tunjuk muka. Event dr pagi dgn aktiviti gotong-royong dan sukaneka sampai malam and aku just lelap kejap je masa rehat Solat Jumaat. Habis event nak dekat pukul 1 pagi termasuklah dgn kutip2 sampah semua. Kerja yg dah lama aku tinggalkan sejak zaman sekolah dulu. Kalau dtg lambat kat sekolah dulu xda denda lain dah, kutip sampah je.

Eyh eyh lupa lak. Aku crush dgn 2 org dalam 2 hari aku bz ni. Crush kali yg ke-2406 nya. Hari Koko smlm aku crush dgn Mr. A sbb dye sweet sangat and pagi td aku crush dgn Mr. F sbb dye cool and muka dye iras2 Zizan Raja Lawak. Cool giler muka dye masa aku bgtao dye muka dye macam Zizan. Masa tgk dye menari utk show Family, Friends Forever Night td pon muka dye sangat cool. Cool weyh. Cool gilerrrrrrrrr. Ok ok aku tao aku gatal tp aku main2 je la. Dah diam.

Dan, study week sudah bermula ye kawan-kawan. Mari kita belajar bersungguh-sungguh utk final nanti.


Hari Kokurikulum UMK 2009/2010.



Jari dan pipi saya tembam. Hohhh.


Dgn Encik Fadhil, lecturer Marketing.


Minum Nescafe, favorite "dye" dan Hanis :)

Dgn Midin. Sem ni jarang jumpa dye da lol.


Hari Keluarga JKK UMK 2009/2010.





Tadi aku baru habis dinner, 1.55 pg.
Baru aku tao kenapa berat aku naik sampai 3 kg.

Btw, aku rindu Atiqah. Apa khabar dye agaknya??

No comments:

Post a Comment