Aku kat rumah skrg. Mungkin sehingga hari Isnin ni dan malam tu aku akan pulang kembali ke Kelantan. Hampir sebulan lebih tidak menjejakkan kaki ke rumah membuatkan aku sangat2 rindukan............ errrrr entahlah. Aku rasa perasaan aku biasa je kot bila balik rumah. Cuma aku rasa sangat gembira tgk muka mak dan ayah aku. Itu je.
Di sebabkan kepenatan yang melampau smlm akibat daripada Entrepreneurial Visit area Seremban, di tambah pula dengan perjalanan menaiki komuter pulang ke rumah bersama-sama beg yg berat membuatkan hari ni aku duduk di rumah sahaja sambil online dan menonton filem-filem Shahid Kapoor. Ok ok korang mst gelakkan aku. Ye aku fanatik 95% kat dye. Baki 5% aku fanatik kat orang lain plak. Sukanya tgk dye berlakon dalam VIVAH. Comel giler weyh tp sampai hati makcik Hanis kata dye macam pondan. Itu JAMBU ok makcik.
Dan esok aku mahu menonton wayang. Filem apa aku nak tengok tu xpasti lagi tp yg aku pasti aku mahu keluar esok. Mahu keluar seorang sahaja memandangkan Bashi agak sibuk esok tp dye akan menemani aku ke UPM utk mengambil pulang si makcik Hanis pada malamnya . Heeeeeeeee xsabarnya mahu ketemu dye. Ohhh makcik Ilani, Fazilla dan Syafiqah apa khabar agaknya?? Alamak Aisyah!!! Aku lupa nak jumpa dye kat UM. Aku mahu bertemu mereka, jika di izinkan oleh Yang Esa.




No comments:
Post a Comment