
Tadi aku sedih bila tengok FB dye. Aku tahu dye dah online tp dye ubah apa yg sedia ada dlm FB dye jadi berbeza. Biarlah aku je yg tahu apa yg dye buat tp yang pasti aku tahu dye dah online. Sangat sedih tapi bila dpt sembang dgn Hanis dan Riena td jadi lega sbb aku dpt luahkan apa yg aku rasa tanpa tahan-tahan even seminit pun. Puas. Tiba-tiba juga lagu Justin Timberlake berkumandang dari sisi pembesar suara laptop aku dan lagu tu sangat tepat saat ni. Ok aku jadikan tu lagu tema aku sekarang.
Kelakarnya aku rasa. Bila psl dye tiba-tiba update blog. Ini yg buat aku nak jadi seganas Aisha dan Maz yg nampak lembut namun kejam di hati kerana kegemaran mereka menonton filem-filem pembunuhan kejam. Tak salah juga jd C-ma yg ganas di luar tp tidak gemar menonton filem-filem kejam. Ahhh apa-apa je la weyhhhh. Sebelum ini aku agak sibuk dgn final exam aku dan sewaktu aku menaip ni final exam aku dah habis. Alhamdulillah. Sangat lega dan tidak sabar utk pulang bertemu dgn Hanis dan Cobra. Kenapa Cobra menjadi pilihan?? Sebab aku nak jadi sekental dye. Hati kering. Nampak tabah tp aku tahu dye menyimpan cerita dye yg tersendiri. Ok cukuplah.
Aku akan pulang ke Kota Damansara dan dalam kepala aku sudah ada rangka-rangka apa yg perlu dan sepatutnya aku lakukan cuti 2 bulan ni. Semoga cuti aku kali ni terisi dengan benda-benda yg berfaedah.
It is not a lack of love,
but a lack of friendship.
No comments:
Post a Comment