Aku tahu aku selalu update blog lambat tp aku nak cerita jugak. Nak habis sem 2 ni semakin banyak perkara menarik nak diperkatakan. Sayang rasanya kalau xcerita sbb blog ni dah macam diari aku. Walaupun xda orang nak baca tp dpt tulis dalam ni dah bg satu kepuasan utk diri aku sendiri.
Subuh Jumaat baru ni aku, Maz, Aisha, C-ma, Riena, Ain, Din, Dol dan Zul berbasikal ke Pantai Sabak. Perjalanan kira-kira 15 km pg dan balik membuatkan kami sangat-sangat penat tp puas. Bertolak dr UMK pukul 7 pg tepat dan sampai ke sana setengah jam kemudian namun atas dasar xpuas hati sbb keadaan tebing yang xada pasir kami meneruskan perjalan ke hadapan lagi utk mencari sedikit pantai yg ada pasir agak kami dpt turun dan menikmati pemandangan matahari yg baru naik ketika itu.
Akhirnya tiba ke tempat yg di inginkan. Kami teruja lalu turun dan mengambil banyak gambar sbg kenangan. Rasa mcm xpatut plak bersuka-ria pd waktu2 mcm ni sbb sepatutnya gap 5 hari ni hendaklah digunakan sebaik-baiknya utk cover mana2 chapter yg xpaham tp kami lebih suka menghabiskan masa dgn berjalan-jalan dan menonton movie. Hari Jumaat tu mmg satu hari xstudy sbb penat. Sangat penat sehingga berbaki ke malamnya. Namun dlm penat2 tu, ber-conversation dlm Skype sehingga ke Subuh xpenat plak.
Malam semalam spt biasa kami ber-conversation dlm Skype lg. Tiba-tiba pukul 3.30 pg Aisha mengutarakan niat di perut yg lapar dan nak keluar makan. Stok mee segera yg sudah habis membuatkan kami nekad walaupun Aisha dan C-ma menggigil utk memanjat tembok setinggi paras dada kerana nak keluar dan ke kopitiam 24 jam yg berdekatan dgn kampus. Berjalan dan menikmati udara yg berembun sambil ke kopitiam dgn perasaan berdebar di dada. Akhirnya tiba di kopitiam dan duduk melepak di situ sehinggalah 6.30pg dan pulang ke kampus utk sambung tidur sehinggalah.............. ok xboleh bgtahu sbb akan menjatuhkan nilai hantaran dan mas kahwin kami nanti.
Maka hari ni kami berusaha membuka buku Matematik dan Statistik memandangkan paper Matematik akan bermula kurang 24 jam drpd sekarang. Sangat takut nak jawab paper Matematik dan seperti biasa doa aku hanya satu, janganlah kena repeat paper ni.
No comments:
Post a Comment