20 fakta tentang saya, Badariah.
Fakta yang negatif sahaja diberi.
Sebabnya ada di penghujung entri ini.
1) Saya ada bantal busuk. Dah kata nama bantal busuk so mestilah busuk kan. Bantal ni dah berapa tahun xbasuh sejak Opah saya bagi bantal ni. Xingatlah tp mmg xpernah nak basuh kecuali sarung dia. Itu pun tukar 2 tahun sekali kot. Pernah di gelakkan mak sbb bawa bantal busuk datang sini tp saya xkisah.
2) Saya suka tidur. Sangat suka tidur. Kalau dah xda benda nak buat mmg tidur je la ingat. Tidur pula bukan sekejap tp melebihi drpd keperluan seorang pelajar iaitu 7-8 jam tp xpernah melebihi 10 jam sejak masuk UMK. Pernah berusaha nak kurangkan namun masih belum berjaya. Masih mencuba dan akan terus mencuba.
3) Suka membazir masa. Ada paper nak jawab tp masih boleh tgk movie dan online. Kadang-kadang rasa bersalah tp entahlah, perasaan bersalah tu mcm xpernah nak lekat. Mesti ada je hasutan-hasutan yg akan melegakan perasaan bersalah tu.
4) Saya rasa saya seorang yg cepat cemburu dgn orang lain. Namun Alhamdulillah perasaan cemburu ni xteruk sangat sebab saya masih mampu menghindarkan perasaan tu dan bersyukur dgn apa yg saya ada sekarang.
5) Saya bukanlah seorang yg rajin mengemas bilik. Saya malu dgn kawan-kawan saya yg rajin mengemas bilik mereka. Saya mahu belajar drpd mereka mcm mana boleh jd rajin sampaikan nak keluar pg makan pun perlu iron T-shirt.
6) Saya xsuka pg kelas pakai baju kurung sebab drpd perasaan malas nak iron baju. Yang ni saya perlu belajar dgn Aisha yg sangat rajin pakai baju kurung pg kelas walaupun ada satu kelas je dlm satu hari tu.
7) Saya xsuka minum air kosong. Sangat suka minum air yg manis sampai kena marah dgn kawan-kawan sbb xnak minum air kosong. Kadang-kadang terpaksa memaksa diri minum air kosong sbb asyik minum air manis je.
8) Saya seorang yg boros. Pantang ada duit dlm tangan laju je nak beli tu, nak beli ni. Kadang-kadang duit belanja bulanan dah jauh lari drpd bajet tp nak keluarkan juga melebihi kemampuan. Tapi Alhamdulillah, walaupun bajet lari duit masih cukup. Rezeki macam xputus dan saya bersyukur sangat.
9) Saya xsuka subjek yg bernombor. Seperti yg pernah saya beritahu dlm entri saya yg lepas, saya xsuka subjek yg berkenaan dgn nombor mcm Matematik, Akaun, Ekonomi, Fizik dan apa-apa subjek yg kena mengira. Saya tabik kpd anda yg suka subjek mengira tp saya tahu setiap orang ada kelebihan masing-masing dan nombor bukanlah kelebihan saya.
10) Saya lemah apabila berkaitan dgn perasaan terutamanya yg melibatkan perasaan kasih sayang. Kalau saya kena kutuk atau di kritik saya boleh terima dan masih mampu utk berfikir tp bila melibatkan perasaan sayang terhadap seseorang saya boleh menangis sbb sedih teringatkan dia. Ok cukup ni saja utk anda tahu.
11) Saya suka berangan. Sangat suka ye. Kalau berangan dan perkara menjadi realiti xpelah tp ni tak. Berangan dan membazir masa sahaja. Ini semua penangan bantal busuk sbb bila dah baring dgn bantal busuk kat tangan, automatik nak berangan.
12) Saya seorang yg xboleh tgk benda yg senget dan xcantik terutamanya yg melibatkan tulisan saya. Di sebabkan perkara ni saya sering menggunakan liquid paper. Saya akan liquid sesuatu huruf atau perkataan semata-mata sbb xcantik. Perkara ni sangat membazir masa terutamanya masa exam. Saya juga boleh meng-cancel separuh essay secara tiba-tiba sbb tulisan yg xcantik juga. Nak sgt2 ubah sbb perkara ni sangat merepek dan bodoh.
13) Saya sangat suka bercakap. Orang yg rapat mesti faham dgn sifat saya yg suka bercakap ni. Pernah cuba utk kurangkan bercakap dan menjadi senyap tp hanya mampu bertahan utk seminit sahaja atau pun kurang drpd tu. Malah kalau saya kurang bercakap ramai yg akan suruh saya bercakap dan bertanya kenapa saya senyap. Maka lebih baik saya bercakap, cakap, cakap, cakap dan cakap.
14) Saya selalu tidur lambat. Sangat lambat melebihi 3 pg. Saya tahu bila sindrom tidur lambat ni mula menjengah dalam diri saya. Semasa tingkatan 4 saya selalu tidur lambat sebab bergayut dlm telefon dan berSMS dgn si dia. Keadaan ni terbawa-bawa sampailah sekarang. Pernah cuba utk mengembalikan keadaan kpd normal tp belum berhasil lagi. Bila study kat sini lagilah susah nak tidur awal sbb ada sahaja anasir-anasir yg xbagi tidur awal.
15) Saya xrapat dengan mak, ayah dan keluarga saya. Bagi saya kawan-kawan lebih bermakna dlm hidup saya. Tp itu dulu. Sejak belajar jauh dan berpisah dgn mereka, saya mula menghargai mak, ayah dan adik-beradik saya. Walaupun xboleh nak luahkan kpd mereka tp saya tahu bagaimana perasaan sayang saya terhadap mereka.
16) Saya xpandai masak. Bukan tidak gemar tp mungkin xda peluang nak cuba kot sbb kat rumah mak saya yang rajin masak. Cemburu tgk kawan-kawan yg pandai masak especially masakan Melayu. Saya akan cuba dan pastikan saya pandai masak sebelum saya kahwin nanti. Harap-haraplah.
17) Saya masih menyimpan perasaan menyampah dgn rakan sekelas yg buat cerita psl saya dan cuba utk menjatuhkan saya. Kami mmg xbertegur dan saya xharap pun dia tegur saya. Nasib baik rakan-rakan sekelas yg lain memahami dan nasib baik juga si pembuat cerita xrapat dgn rakan-rakan sekelas maka mengurangkan peluang2 utk saya berjumpa dia di luar waktu kelas. Sudah maafkan tp sukar utk lepaskan perasaan menyampah tu pergi.
18) Saya tak pandai berfesyen dan saya juga pempunyai citarasa yg buruk bila shopping. Saya sering merasakan saya sentiasa kelihatan buruk dgn apa yg saya pakai dan sering mengagumi pakaian-pakaian milik orang lain. Namun akhirnya saya akan berfikir pakaian saya lebih baik drpd orang yg pakai baju xcukup kain.

19) Saya tidak matang kerana ada orang pernah memberitahu perkara ini kpd saya. Saya cuba memahami apa yg dia cuba beritahu dan akhirnya saya jumpa jawapannya. Saya tahu siapa saya dan saya xperlu jadi orang lain malah saya gembira menjadi tidak matang kerana di sini saya berjumpa dgn seseorang yg pemikirannya lagi tidak matang drpd saya namun ilmu agamanya tinggi dan melihat perspektif kehidupan lebih luas drpd org lain. Saya akan berfikir dgn matang apabila tibanya keadaan yg memerlukan saya berfikir dgn matang dan saya tahu utk bezakannya.
20) Saya sering mengambil masa yg lama utk menaip blog ni. Kalau org lain boleh update blog dgn kejapnya tp tidak saya. Saya perlukan banyak masa utk berfikir dan mencantikkan ayat2 dlm blog ni dan memastikan dgn telitinya tiada perkataan yg tertinggal, salah taip, ayat yg cantik dan macam-macam lg benda lain yg xpenting pun sebenarnya spt yg saya lakukan waktu menaip entri ni.
Sebenarnya ada banyak lagi sifat-sifat negatif dlm diri saya tp cukuplah 20 dahulu. Jika anda kawan saya atau ingin berkawan dgn saya anda kena terima semua sifat-sifat negatif yg saya nyatakan di atas atau mungkin tidak saya nyatakan dalam entri ni. Tiada manusia yg sempurna dan saya adalah antara mereka yg xsempurna mana tu.
hehehe..comelnye u jwb mcm tuu..so, saye adelah salah seorg yg leh terime bende2 negatif tu kan =)) suke2..sayang kamoooo
ReplyDelete