November 26, 2010

Semoga ALLAH Perkenankan.


Sedang aku membelek gambar-gambar kau lalu aku terus panjatkan doa kepada Yang Maha Mendengar. Jika benar kau yang terbaik untuk aku, semoga ALLAH mendekatkan hati kita. Namun, jika kau bukan untuk aku, padamkanlah perasaan ini kerana aku tidak sanggup di kecewakan lagi. Semoga ALLAH memberikan aku kekuatan untuk menghadapi hakikat mendatang. Ya ALLAH, pertemukanlah aku dengan sebenar-benarnya jodoh aku, yang telah tertulis namanya untuk aku di Loh Mahfuz. Amin.

Aku mahu lelaki yang boleh membimbing aku. Yang boleh mengingatkan aku kepada ALLAH, memberitahu baik dan buruk tindakan aku dan mampu melihat aku dengan sudut yang berbeza. Aku tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna.

*Semoga ALLAH melimpahkan redha-NYA kepada aku dan kau.

No comments:

Post a Comment