Punyalah plan beria-ria malam td sblm nak keluar hari ini kononnya nak naik jambatan kat KLCC tapi hasilnya tidak kesampaian memandangkan kami mengada-ngada keluar dari rumah lambat. Berangan giler keluar rumah lepas Zohor lepas tu boleh dapatlah kan nak naik jambatan tu. Ohhhh sorry sangat2. Memang xdapatlah weyh. Beratur kot orang nak naik dan jambatan itu terhad untuk 800 orang sehari sahaja. Jadi kalau nak pergi kenalah pergi pagi2 masa kaunter baru buka iaitu pukul 8.30 pagi. Tiket hanyalah berharga RM3 untuk pemegang MyKad. Anda yakin anda rakyat Malaysia dan ada MyKad? Jadi jangan risau dengan hargat tiket itu.
Kesimpulannya, kami pun hanya meronda-ronda sekitar KLCC bagi mengubati kekecewaan. Hanya beberapa jam sahaja kami di sana dan tibanya waktu Maghrib kami sudah berada di The Curve untuk makan malam memandangkan aku tidak sampai lagi ke sini sejak pulang cuti semester hari tu. Ok mengada-ngada lagi kononnya nak makan hot dog IKEA.
********
P/S ; Mahu keluar best-best pula dengan Fazilla, Syafiqah, Ilani, Aisyah dan Nadya :)
No comments:
Post a Comment