December 20, 2012

Sudah 23.

Alhamdulillah, ALLAH masih lagi bagi peluang untuk terus bernafas. Masih lagi dapat peluang untuk memohon keampunan atas dosa-dosa yang lepas.

Entahlah, sebenarnya perasaan aku berbaur-baur. Mula-mula kosong tapi semakin menghampiri detik 12 tengah malam dada aku berdebar-debar. Aku tak tahu kenapa. Macam takutkan sesuatu.

Biarlah.

Ohhhh dan terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang memberikan ucapan tanda ingatan sempena hari lahir aku. Pastilah aku menghargai setiap ucapan yang diberikan. Semoga semua ucapan yang baik-baik itu dimakbulkan ALLAH buat aku dan kau.

Sebenarnya umur semakin meningkat ni lagi banyak dugaan. Banyak cabaran-cabaran baru bakal menanti terutamanya bila habis study ni dan masuk alam kerja. Serius aku takut sebenarnya. Takut menghadapi kenyataan semacam itu tapi itulah hidup. Sampai bila kau nak duduk di takuk yang sama kan?

Semoga ALLAH membimbing aku sepanjang perjalanan kehidupan ini.

Aaminnnnn.

Saat ini, kek yang paling aku teringin nak makan adalah kek buatan hasil tangan super best friend aku; Nadya. Serius aku paling suka kek Sneakers dia yang aku makan masa Raya Haji baru-baru ni.

Perghhhhh.

December 13, 2012

Seketika.


Tarikh ini. 13/12/2012.

Hari ini tarikh hantar draf thesis setelah berhari-hari bersengkang mata membuatnya. Saat ini, aku tak cukup tidur. Berbekalkan keadaan waktu tidur yang tidak menentu dan tadi hanya sempat tidur sejam sahaja, aku perlu gagah kerana selepas ini aku akan bergegas ke UiTM Dungun, Terengganu untuk Pertandingan Debat Pantai Timur. Eh aku bukan peserta tapi hanya jadi juri.

Ya, inilah masanya. Masa untuk meredakan seketika tekanan setelah berbulan-bulan tidak melakukan senaman otak. Biar pun sekadar menjadi juri namun aku rasa itu pun dah cukup baik buat sementara waktu ini. Benda yang kita minat walaupun kesuntukan waktu tapi aku rasa gembira sebab ada peluang dapat pergi sana.

Juga akan berjumpa dengan Arieff dan Najmi, teman sepasukan dalam dunia debat. Ohhhh aku memang sangat perlukan mereka dalam keadaan sekarang ini. ALLAH dengar doa aku agar diberikan kekuatan maka ALLAH menghantar mereka pada waktu yang tepat dan peluang ini aku tak patut lepaskan. Sudah agak lama aku tak berjumpa dengan mereka. Aku boleh lupakan seketika masalah yang membelenggu jiwa.

Aku mahu lari daripada masalah buat sementara waktu. Bukan masalah berkaitan kesibukan aku sebagai pelajar tahun akhir saja tapi masalah sesak hati juga. Sakit. Sakit tahan rindu dan terlalu berfikir tentang banyak perkara seorang diri. Pernah cuba untuk berlagak tenang tapi aku sedar bahawa aku sedang menipu diri aku sendiri. Jadi kini, aku perlukan sedikit ruang waktu untuk kesegaran minda sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Eceh konon.

Semoga dipermudahkan urusan hari ini.

Aaminnnnnn.

December 9, 2012

Cubaan Menggapai Redha.


Aku jumpa satu definisi redha yang mampu buat aku berfikir lama dan terkenang-kenang sepanjang aku berada dalam kampus sebentar tadi.

"Redha itu bukan sekadar menerima seadanya tetapi ia adalah rasa bersyukur terhadap apa jua yang diterimanya. Ia merupakan satu perasaan baik sangka kepada ALLAH SWT. Oleh itu, setiap hasil yang diterima perlu disyukuri biar pun ia tidak bersesuaian dengan keinginan kita dan terimalah dengan hati yang terbuka serta gembira kerana ALLAH SWT sangat mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ramai yang mengatakan mereka redha dengan hasil yang mereka terima tetapi jauh di sudut hati sebenarnya mereka tidak gembira dengan apa yang mereka peroleh..."

Bukan mudah untuk redha. Mulut mungkin kata redha tapi hati? Untuk redha dengan suatu perkara yang menimpa kita memang ambil masa. Pahit untuk telan kenyataan tapi ia hakikat.

Buat hati-hati di luar sana yang sedang di landa badai, semoga anda kuat, tabah dan sabar dengan dugaan yang datang.

Kerana, aku pun sedang mengajar hati untuk jadi kuat seperti anda.

December 8, 2012

Tahniah Untuk Kau Perempuan.

Ya, dia kawan ketawa. Juga ada masa aku kecewa.

Tahniah buat Fazilla. Selamat akhirnya menjadi tunangan orang, sebelah kaki saja lagi sebelum menempuh gerbang perkahwinan.

Ya, aku di Kelantan, melihat dari jauh kegembiraan yang terpancar di wajah Fazilla. Dia sedang gembira dan aku sebagai kawan baik dia juga pastilah gembira. Walaupun tak berada di sana tapi kawan-kawan lain tidak lupa untuk menghantar gambar berkongsi tentang keadaan di sana.


Wajah-wajah kesayangan hamba.

Aku janji, kita jumpa nanti perihal majlis ini adalah perkara pertama yang akan kita ceritakan. Ohhh tak sabarnya tunggu masa itu.

Sikit masa lagi.

December 7, 2012

Sikit Lagi.


Kini adalah saat kritikal. Tarikh untuk hantar thesis semakin hampir. Aku tak tahu apa yang aku buat sepanjang 2,3 minggu sebelum ni padahal aku rasa macam banyak je masa yang boleh aku gunakan untuk buat thesis ni.

Telah aku ambil keputusan (mungkin di saat ini) untuk tidak memilih antara mahu pulang ke KD atau ke UTM Skudai bagi menyertai Pertandingan Debat Gender 2012. Sekali lagi, aku terlepas peluang keemasan untuk beraksi mewakili UMK. Pastilah sedih. Aku belum pernah lagi pergi pertandingan debat bertemakan "Gender" dan sepatutnya inilah peluang aku tapi ahhhhhhhh tak perlulah nak cakap pasal semua ni lagi.

Perkara kedua adalah berkaitan dengan perihal aku mahu pulang ke KD. Esok Fazilla akan bertunang. Satu acara yang besar dan aku tahu semua kesayangan aku akan berkumpul masa tu dan aku?

Aku pula di sini. Berusaha gigih menyiapkan thesis ini. *Menangis bawah katil*

Hidup ini kejam ke? Tidak. ALLAH tidak pernah kejam dengan hamba-NYA. Aku yang bertindak kejam dengan diri aku sendiri. Punya masa tapi di biarkan berlalu begitu sahaja. Kenapa baru nak menyesal? Jangan. Dah tak berguna lagi.

Apa khabar hati pula? Alhamdulillah. Tenang saja biar pun kadang-kadang sakit. Kalau sakit tidak mengapa kerana aku percaya dosa aku gugur sedikit demi sedikit jika itu yang terbaik.

Sebenarnya aku tengah risau pasal tempat praktikal aku ni. Sudah 3 minggu aku tunggu pengesahan untuk penempatan tempat praktikal. Ya, aku hanya apply satu tempat je kat Tourism Selangor, Shah Alam dan aku betul-betul mahukan tempat tu. Aku mahu belajar banyak perkara dari situ namun buat masa ini masih tiada khabar gembira. Dah dua kali jugak aku telefon untuk mendapatkan kepastian namun jawapannya tidak menggembirakan. Kalau tak nak ambil, aku kira lebih baik dia cakap tak nak terus maka takdelah aku menanti dan mengharap seperti ini kan? Benda mudah. Kenapa nak susahkan? Tak fahamlah.


Apa lagi boleh aku buat? Sabar je laaaa. Sabar itu pasti ada balasan-NYA.

Ya, aku percaya dengan kuasa luar biasa sifat sabar itu.

Maka hati, bertenanglah dan berdoa. Itu penting.

Puisi Diriku Yang Berlumut Dosa.

Setiap kali pagi Subuh,
Kala aku terbangun,
Akan tercetus rasa lega,
Kerana masih lagi Engkau menyambung nyawa.

Aku ini hamba yang berdosa,
Banyak salah dan silapnya,
Cacat di sini dan sana,
Entah jiwa ini masih ada putih,
Atau sudah legam semuanya.

Air mataku sudah tidak mengalir,
Tetapi aku sentiasa tahu,
Yang hatiku sentiasa berair,
Menangis,
Hiba,
Takut,
Resah,
Memikirkan pertemuanku denganMu,
Entah apa aku akan diampuni,
Atau akan dihukumi,
Dan tidak mampu aku menenangkan diri,
Setiap kali terfikir akan pertemuan itu nanti.

Aku bergerak wahai Tuhan,
Bergerak membersihkan diri,
Namun kadangkala aku kejatuhan,
Dan dosa-dosa kembali menghinggapi diri.

Cuma aku tidak berputus asa wahai Tuhan,
Aku bangkit juga berkali-kali,
Biar aku mati dalam usaha merapatkan diri,
Daripada mati tanpa berusaha apa-apa lagi.

Walaupun rasa takut masih ada,
Tetapi aku yakin keampunanMu mengatasi segala-gala,
Dan aku usaha serta terus berusaha,
Moga-moga Engkau mengampuni hambaMu,
Yang hidup berselaput dosa.

- Hilal Asyraf -


Kau tahu, kau sayu sebab kau rindu. Rindu pada Tuhan.

- Fynn Jamal -

November 9, 2012

Nikmat Sihat Sebelum Sakit.

Agak lama aku tak demam dan tiba-tiba 2 hari lepas aku mengalami tanda-tanda akan demam. Aku ingat sekadar batuk-batuk biasa, makan ubat sekali dan akan pulih tapi nampaknya tidak. Virus-virus demam degil dan tetap mahu bertapak dalam badan aku, mencuba untuk melemahkan sistem badan yang selama ini sihat tanpa sebarang ancaman.

Akhirnya aku mengalah. Aku sedar aku dah lama tak berehat. Balik rumah cuti pun aku tak duduk rumah maka demam ini adalah natijah kepada kesibukan aku kononnya. Lepas badan di kerah setiap masa untuk bergerak terutamanya ketika aktiviti panjat Bukit Tabur sebelum ini, aku akur untuk berehat sehari dua di rumah. Alhamdulillah, walaupun masih ada saki baki demam tapi aku beransur pulih.

2 hari demam pun buat aku tak keruan. Seolah-olah macam nak mati kononnya. Maka aku terfikir keadaan Atiqah. Baru-baru ni aku jumpa Atiqah dan Nabilah di Sunway Pyramid. Atiqah nampak tak begitu sihat. Atiqah baru keluar hospital dan aku pun tak berkesempatan nak melawat dia. Nabilah pula nampak matang seperti biasa.

Sepanjang pertemuan kami Atiqah menceritakan perihal sakit yang dialaminya. Gerun pun ada jugak aku dengar. Aku hanya mampu berdoa agar Atiqah kuat. Selain itu, kami juga membicarakan soal perasaan masing-masing. Atiqah menasihati aku untuk beberapa perkara yang aku terlepas pandang sebelum ni. Sebelum melelapkan mata malam itu, kata-kata Atiqah masih terngiang-ngiang dalam kepala aku.

"Kenapa nak sakitkan hati sendiri?"

Pendek tapi mendalam maknanya. Buat aku terdiam, tak membalas sepatah pun kata-kata Atiqah.

********

Semoga Atiqah kembali sihat. Sakit itu ujian dan aku percaya Atiqah sedang di uji saat ini. Aku tahu dia kuat dan saat-saat sukar seperti ini akan berlalu pergi.



Semoga kalian sihat dan bahagia selalu dalam rahmat-NYA. InsyaALLAH.

November 4, 2012

Menuju Puncak Bukit Tabur.

Kalau cuti tak buat aktiviti keluarkan peluh macam rasa tak sihat je kononnya. Eceh. Maka semasa makan-makan di rumah Syafiqah terlontar idea untuk mendaki bukit dan dalam masa seminggu merancang akhirnya aku dengan kawan-kawan pergilah memanjat Bukit Tabur di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Perjalanan pergi sebaik saja usai solat Subuh. Kami pergi seramai 15 orang iaitu aku, Fazilla, Syafiqah, Nadya, Aisyah, Hafiz, Acap, Cepek, Risa, Ajun, Daiy, Bashi, Eddy, Raznan dan seorang kawan Aisyah. Tak termasuk abang yang tolong bawak kitaorang tu. Perjalanan mendaki dah pastilah menarik, seronok, gembira tak payah cakap.

Mendaki Bukit Tabur aku kira adalah pengalaman paling gagah dan memerlukan ketabahan mental dan fizikal yang tinggi sepanjang hidup aku. Heyyyy tanpa sokongan moral dan ahli fisioterapi juga agak mustahil untuk kau sampai puncak.

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang buat kau sedar kenapa kau perlukan kawan-kawan dalam hidup ni. Pendakian aku sebelum ni ke Bukit Broga dan hari ni ke Bukit Tabur mengajar aku untuk melihat perspektif berbeza dalam hubungan kau dan kawan-kawan.

Tak kisahlah siapa pun kawan kau tapi akhirnya kau akan sedar betapa kau akan menghargai dan bersyukur dikurniakan dengan kawan-kawan yang ada sama-sama dengan kau tak kira masa kau susah atau senang. Sokongan kawan-kawan akan meredakan perasaan takut kau semasa mendaki sebab kau tahu dengan sokongan semangat daripada kawan-kawan hati kau akan ada rasa sedikit yakin yang kau akan selamat. Akhirnya, ya Alhamdulillah kami selamat sampai hingga ke puncak 12.

Aku percaya bahawa ALLAH telah memberikan aku dengan kawan-kawan yang terbaik. Aku dan mereka tak sempurna tapi kami saling melengkapi dan saling memahami.

Eh helloooooo patutnya cerita pengalaman naik bukit. Bukannya luahkan perasaan.

Okay. Jadi ini adalah antara kenangan yang terpahat dalam kotak kamera telefon bimbit hasil tangan kawan-kawan aku. Aku tak ambil gambar sebab malas. Haha!

Mari mulakan dengan pemandangan indah sepanjang pendakian.





 Sang pendaki gadis-gadis cantik.

Sang pendaki jejaka-jejaka tampan.









Geng Roti John. Eh?


Pastilah lepas turun penat dia tak payah cakaplah. Mungkin sakit-sakit kat badan ni akan berlarutan 2,3 hari. Tak kisahlah, janji pengalaman dan kenangan semasa mendaki lebih berbaloi daripada kesan penat di badan.

Terima kasih buat semua kawan-kawan yang banyak membantu, menghulurkan tangan ketika ada kawan-kawan yang hampir rebah semasa mendaki. Menyambung rasa keberanian pada hati kawan-kawan yang lemah. Juga yang mengalirkan rasa simpati dan kasih buat kawan-kawan yang resah.

Percayalah, semua tindakan dan perbuatan yang korang buat tu aku perhati dan nampak kerana aku percaya kawan-kawan aku sangat baik, tidak akan sesekali biarkan kawan-kawannya di belakang tanpa sokongan.

Semoga ALLAH memelihara persahabatan kita semua.

Aaminnnnnn.

Terima kasih buat Daiy dan keluarga yang menyediakan hidangan makanan lepas kami penat mendaki. Nikmat rezeki dapat makanan setelah penat mendaki hanya ALLAH yang tahu.

Aku sayang korang semua.

May 4, 2012

Cukuplah 5 Dulu.

Tweeting with my crush. Sweet tak?


Cehhh.