November 9, 2012

Nikmat Sihat Sebelum Sakit.

Agak lama aku tak demam dan tiba-tiba 2 hari lepas aku mengalami tanda-tanda akan demam. Aku ingat sekadar batuk-batuk biasa, makan ubat sekali dan akan pulih tapi nampaknya tidak. Virus-virus demam degil dan tetap mahu bertapak dalam badan aku, mencuba untuk melemahkan sistem badan yang selama ini sihat tanpa sebarang ancaman.

Akhirnya aku mengalah. Aku sedar aku dah lama tak berehat. Balik rumah cuti pun aku tak duduk rumah maka demam ini adalah natijah kepada kesibukan aku kononnya. Lepas badan di kerah setiap masa untuk bergerak terutamanya ketika aktiviti panjat Bukit Tabur sebelum ini, aku akur untuk berehat sehari dua di rumah. Alhamdulillah, walaupun masih ada saki baki demam tapi aku beransur pulih.

2 hari demam pun buat aku tak keruan. Seolah-olah macam nak mati kononnya. Maka aku terfikir keadaan Atiqah. Baru-baru ni aku jumpa Atiqah dan Nabilah di Sunway Pyramid. Atiqah nampak tak begitu sihat. Atiqah baru keluar hospital dan aku pun tak berkesempatan nak melawat dia. Nabilah pula nampak matang seperti biasa.

Sepanjang pertemuan kami Atiqah menceritakan perihal sakit yang dialaminya. Gerun pun ada jugak aku dengar. Aku hanya mampu berdoa agar Atiqah kuat. Selain itu, kami juga membicarakan soal perasaan masing-masing. Atiqah menasihati aku untuk beberapa perkara yang aku terlepas pandang sebelum ni. Sebelum melelapkan mata malam itu, kata-kata Atiqah masih terngiang-ngiang dalam kepala aku.

"Kenapa nak sakitkan hati sendiri?"

Pendek tapi mendalam maknanya. Buat aku terdiam, tak membalas sepatah pun kata-kata Atiqah.

********

Semoga Atiqah kembali sihat. Sakit itu ujian dan aku percaya Atiqah sedang di uji saat ini. Aku tahu dia kuat dan saat-saat sukar seperti ini akan berlalu pergi.



Semoga kalian sihat dan bahagia selalu dalam rahmat-NYA. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment