Kalau cuti tak buat aktiviti keluarkan peluh macam rasa tak sihat je kononnya. Eceh. Maka semasa makan-makan di rumah Syafiqah terlontar idea untuk mendaki bukit dan dalam masa seminggu merancang akhirnya aku dengan kawan-kawan pergilah memanjat Bukit Tabur di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Perjalanan pergi sebaik saja usai solat Subuh. Kami pergi seramai 15 orang iaitu aku, Fazilla, Syafiqah, Nadya, Aisyah, Hafiz, Acap, Cepek, Risa, Ajun, Daiy, Bashi, Eddy, Raznan dan seorang kawan Aisyah. Tak termasuk abang yang tolong bawak kitaorang tu. Perjalanan mendaki dah pastilah menarik, seronok, gembira tak payah cakap.
Mendaki Bukit Tabur aku kira adalah pengalaman paling gagah dan memerlukan ketabahan mental dan fizikal yang tinggi sepanjang hidup aku. Heyyyy tanpa sokongan moral dan ahli fisioterapi juga agak mustahil untuk kau sampai puncak.
Sebenarnya, ada beberapa perkara yang buat kau sedar kenapa kau perlukan kawan-kawan dalam hidup ni. Pendakian aku sebelum ni ke Bukit Broga dan hari ni ke Bukit Tabur mengajar aku untuk melihat perspektif berbeza dalam hubungan kau dan kawan-kawan.
Tak kisahlah siapa pun kawan kau tapi akhirnya kau akan sedar betapa kau akan menghargai dan bersyukur dikurniakan dengan kawan-kawan yang ada sama-sama dengan kau tak kira masa kau susah atau senang. Sokongan kawan-kawan akan meredakan perasaan takut kau semasa mendaki sebab kau tahu dengan sokongan semangat daripada kawan-kawan hati kau akan ada rasa sedikit yakin yang kau akan selamat. Akhirnya, ya Alhamdulillah kami selamat sampai hingga ke puncak 12.
Aku percaya bahawa ALLAH telah memberikan aku dengan kawan-kawan yang terbaik. Aku dan mereka tak sempurna tapi kami saling melengkapi dan saling memahami.
Eh helloooooo patutnya cerita pengalaman naik bukit. Bukannya luahkan perasaan.
Okay. Jadi ini adalah antara kenangan yang terpahat dalam kotak kamera telefon bimbit hasil tangan kawan-kawan aku. Aku tak ambil gambar sebab malas. Haha!
Mari mulakan dengan pemandangan indah sepanjang pendakian.
Sang pendaki gadis-gadis cantik.
Sang pendaki jejaka-jejaka tampan.
Geng Roti John. Eh?
Pastilah lepas turun penat dia tak payah cakaplah. Mungkin sakit-sakit kat badan ni akan berlarutan 2,3 hari. Tak kisahlah, janji pengalaman dan kenangan semasa mendaki lebih berbaloi daripada kesan penat di badan.
Terima kasih buat semua kawan-kawan yang banyak membantu, menghulurkan tangan ketika ada kawan-kawan yang hampir rebah semasa mendaki. Menyambung rasa keberanian pada hati kawan-kawan yang lemah. Juga yang mengalirkan rasa simpati dan kasih buat kawan-kawan yang resah.
Terima kasih buat semua kawan-kawan yang banyak membantu, menghulurkan tangan ketika ada kawan-kawan yang hampir rebah semasa mendaki. Menyambung rasa keberanian pada hati kawan-kawan yang lemah. Juga yang mengalirkan rasa simpati dan kasih buat kawan-kawan yang resah.
Percayalah, semua tindakan dan perbuatan yang korang buat tu aku perhati dan nampak kerana aku percaya kawan-kawan aku sangat baik, tidak akan sesekali biarkan kawan-kawannya di belakang tanpa sokongan.
Semoga ALLAH memelihara persahabatan kita semua.
Aaminnnnnn.
Terima kasih buat Daiy dan keluarga yang menyediakan hidangan makanan lepas kami penat mendaki. Nikmat rezeki dapat makanan setelah penat mendaki hanya ALLAH yang tahu.
Aku sayang korang semua.
















No comments:
Post a Comment